7 BENDA Wajib Kena Tahu Tentang Proton X70 2025

Kami pasti anda sudah pun mengetahui mengenai kemunculan Proton X70 2025 memandangkan tempahannya telah dibuka pada minggu lepas.
Untuk itu, ini 7 benda yang anda patut tahu mengenai Proton X70 2025..
1. ADA 4 VARIAN:

Proton menawarkan empat varian untuk model Proton X70 2025: Standard, Executive, Premium dan Premium X.
Difahamkan, model ini ‘bukan sekadar kosmetik’ kerana beberapa penambahbaikan turut dibuat untuk aspek mekanikal.


Ia kini mengandungi 360 komponen baharu dan telah menjalani proses R&D selama 290,000 jam dengan jarak pemanduan sejauh 4.2 juta kilometer!
2. WAJAH SEGAR

Kami pasti anda sudah mengenali 'wajah' baharu Proton X70 2025. Ia kini hadir dengan jeriji, lampu depan LED dan bampar hadapan serba baharu.
Rekaan hudnya juga lebih elegan dengan dua garisan menonjol di tengah, persis kereta mewah.

Menjengah bahagian sisinya, X70 2025 juga mendapat tiga saiz rim berbeza dan dua rekaan rim aloi serba baharu.
Saiz 18-inci untuk varian Executive dan 19- inci untuk varian Premium dan Premium X manakala untuk varian Standard, ia masih menggunakan rim rekaan sedia ada bersaiz 17-inci.


Di bahagian belakang pula, tiada sebarang perubahan ketara namun yang baharu ialah di bahagian bampar belakang, Ia kelihatan lebih sporty dan berbeza sedikit.
3. KABIN STYLO
Perubahan estetik yang cukup ketara boleh dilihat pada bahagian papan pemuka kerana ia menampilkan stereng rekaan tiga jejari baharu yang sebenarnya sama seperti X50 dan S70.
Ia juga didatangkan dengan upholsteri kulit nappa yang serba baharu.

Oh ya, kami dimaklumkan oleh ahli pasukan pembangunan bahawa upholsteri kulit berwarna kelabu hanya dikhaskan untuk varian Premium dimana ia turut digunakan dalam model Volvo terpilih,
Malah, satu pembaharuan yang dilakukan ialah kehadiran panel lampu suasana berirama dengan 72-warna. Malangnya ciri ini hanya ditawarkan untuk Premium dan Premium X.

Kami akui ia adalah salah satu ciri tambahan yang cukup memukau.
4. ADA APPLE CARPLAY ANDROID AUTO
Sebelum ini, kecoh ada satu model Proton yang tidak didatangkan dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Menyedari hal itu, Proton kini menawarkan kedua-dua sambungan itu kepada model baharu mereka.
Bagaimanapun, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto TIDAK akan tersedia semasa pelancaran, sebaliknya akan dipasang melalui kemas kini perisian percuma (OTA) .

Namun demikian, ia sekurang- kurangnya hadir dengan Bluetooth dan fungsi pencerminan telefon.
Sudah tentu, ketibaan kedua-duanya tidak mungkin berlaku tanpa skrin sentuh infotainmen 12.3 inci baharu yang dinaik taraf.
Ia kini boleh diakses dengan mudah sebagai skrin 'terapung' dan bukannya dibenamkan dalam papan pemuka.
Antara kelengkapan lain ialah ketersambungan aplikasi Proton Link yang dipertingkatkan melalui penambahan fungsi pencucuhan jauh dan pra-penyejukan kabin.
Apapun, kesemua model Proton yang baru dikeluarkan bukan calang-calang, ini sebabnya…

5. ADA ADAS TAHAP 2
Korang kena tahu bahawa Proton X70 2025 kini didatangkan dengan sistem bantuan Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) tahap 2.


Dalam erti kata lain, X70 yang diperbaharui kini hampir - HAMPIR, memandu sendiri dalam keadaan tertentu.
Tetapi jangan lupa bahawa anda masih bertanggungjawab ke atas bab pemanduan untuk kebanyakan aspek…
6. TIADA LAGI 4 SILINDER
Untuk Proton X70 2025, semua varian kini didatangkan dengan enjin 1.5 liter 3-silinder TGDi yang mana ia memberi dengan suntikan terus kepada bahan api.
Ini kini mempunyai kecekapan pembakaran yang dipertingkatkan, pengurusan haba dan pengurangan geseran.

Apa yang menarik, penggunaan bahan apinya kini mencatatkan bacaan 7.3 liter/100 km, atau 4 peratus lebih baik berbanding model sebelumnya.
Jadi, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 177 PS dan tork 255 Nm dimana enjinnya dipadankan dengan transmisi DwiCekam tujuh kelajuan (7-DCT).

7 .TARIKH PELANCARAN MASIH BELUM CONFIRM
Di sebalik semua info ini, Proton masih belum memberi sebarang bayangan bilakah tarikh sebenar ia akan dilancarkan secara rasmi namun kami menjangkakan ia akan dilancarkan dalam tahun ini,
Mengenai harga, kami berpendapat Proton tidak akan tersasar jauh dari angka versi keluarannya sebelum ini, yang dijual antara RM93,900 dan RM121,800.


Kami juga menjangkakan Proton akan mengekalkan pakej selepas jualan yang serupa seperti sebelum ini.
Walaupun belum ada angka harga yang tepat dikeluarkan, namun anda sudah boleh membuat tempahan awal dengan membayar deposit serendah RM500.
Yang pasti, harga yang bakal diumumkan nanti adalah mampu milik kerana Proton sentiasa memahami jiwa orang Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE3971
SELANGOR
BSL364
JOHOR
JYN2375
PULAU PINANG
PRW7060
PERAK
APD4750
PAHANG
CFE4942
KEDAH
KGD4876
NEGERI SEMBILAN
NEH9561
KOTA KINABALU
SJP3593
KUCHING
QAB7742M
Terakhir Kemas Kini 19 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
PROTON Catat Jualan Memberangsangkan, Buktikan Masih Ramai Minat Kereta PROTON
Sebelum dua bulan berakhirnya tahun 2022, Pengeluar kereta nasional PROTON sempat melonjakkan jualannya kepada 115,366 unit untuk tahun ini.
03-11-2022
Tahniah PROTON, Catat Jualan 100,000 Unit Untuk Empat Tahun Berturut-Turut
PROTON mengakhiri suku ketiga tahun 2022 dengan mencacatkan jualan melebihi 100,000 unit kenderaan.
05-10-2022
Serahan Unit Kenderaan Terdiri: Proton Perdana, X70, Saga.
PROTON menyerahkan 10 unit kenderaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyokong penganjuran Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022.
11-08-2022
Mengapakah Penapis Kabin Penting? Inilah Sebabnya!
Proton tawar N95 untuk semua keluaran modelnya.
21-01-2022
[ULASAN RINGKAS] Proton X70 2025 Bukti Kemampuan Sebenar Di Sabah
Ini pendapat penulis tentang Proton X70 2025.
08-09-2024
Proton X70 2025 Dilancarkan Di Sabah, Sarawak – Dari RM100,800
Proton hari ini telah melancarkan secara rasmi Proton X70 2025 di Sabah dan Sarawak.
28-08-2024
Proton X70 Memang Laku Sejak 2018, 100,000 Unit Sudah Terjual
Proton menyasarkan untuk menjual 2,000 model Proton X70 facelift 2025 dalam sebulan gara-gara menerima permintaan menggalakkan.
16-08-2024
Berita Terkini
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"
Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
01-12-2025
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

