Tol Percuma Setahun, Sertai Peraduan Kumpulan Touch 'n Go

Cara menang tol percuma setahun.
Buat masa ini, kos sara hidup semakin meningkat. Ada yang terpaksa membelanjakan ratusan ringgit hanya untuk minyak kereta dan tol.
Manakan tidak, bukan semua yang beruntung dapat kerja dekat dengan rumah.
Pendek kata, sebahagian gaji kita akan berhabisan hanya untuk minyak dan tol.
Jadi, ada berita baik untuk sesiapa yang ingin memenangi tol percuma selama setahun.
Ya setahun bukan seminggu atau sebulan.
Ini kerana Kumpulan Touch 'n Go baru sahaja melancarkan Peraduan Tol Percuma pada 10 September lalu.
Untuk info, peraduan ini akan berlangsung sehingga 18 November depan dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang menggunakan kenderaan milik persendirian Kelas 1.

Semakin ramai menggunakan RFID.
Jika anda berminat untuk memenangi tol percuma selama setahun ini, ikuti langkah di bawah ini:
• Beli dan aktifkan Touch 'n Go RFID
• Guna lima kali RFID untuk pembayaran tol sepanjang tempoh peraduan
• Peserta perlu menjawab beberapa soalan
Itu sahaja, mudah kan?
Untuk itu, seramai lapan pemenang dipilih setiap dua minggu menjadikan jumlah keseluruhan 40 pemenang sepanjang kempen ini.
Maka, jangan melepaskan peluang ini untuk mendapat tol percuma selama setahun.
Kenapa anda perlu ada RFID?
Radio Frequency Identification System ini akan memudahkan urusan anda kerana tidak perlu bersusah-payah buka tingkap untuk menyentuh kad Touch n Go kerana semua transaksi akan dibuat secara automatik sahaja dengan pengesanan pelekat RFID yang dilekatkan pada lampu depan atau cermin hadapan kereta.
Buat masa ini, Touch 'n Go berkata, terdapat dua juta pengguna Touch 'n Go RFID aktif dan bilangan semakin meningkat pesat.

“MalahTouch 'n Go RFID juga boleh digunakan untuk membayar petrol di stesen Shell terpilih di seluruh negara.
"Pengisian bahan api RFID Touch 'n Go kini boleh didapati di 100 stesen Shell di seluruh negara dan dijangka meningkat kepada 450 stesen Shell dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi yang mahu mengisi minyak dengan Touch 'n Go RFID, anda hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang pengisian bahan api ditetapkan RFID dan bayaran boleh dibuat secara automatik daripada Touch n' Go eWallet.
Maka, anda sudah boleh mengisi minyak kenderaan.
Bagi yang masih belum ada Tag RFID Touch 'n Go, ia boleh dibeli di pusat perkhidmatan dan jualan Touch 'n Go Nu Sentral dan Bangsar South, pusat pemasangan RFID yang ditetapkan, dan di stesen minyak terpilih di seluruh Malaysia.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ada Bintang Emas Di Plaza Tol? Ini Sebab Kenapa Lorong RFID Ada Bintang Emas?
Selalu Terkandas Dekat RFID? TNG Perkenal Lorong RFID Bintang Emas & Ciri SOS Balance.
24-07-2026
Segera Pasang Pelekat RFID Di Kenderaan Anda! Tapi Kenapa?
Kad Touch 'n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat tidak lama lagi.
17-12-2021
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge