Honda Dedahkan Konsep EV, e:N2 Concept, di China
e:N2 Concept
Semalam Honda telah membuat tayangan perdana e:N2 Concept, kereta konsep kedua dalam e:N Series syarikat tersebut sewaktu Ekspo Import Antarabangsa China Yang Ke-5 di Shanghai, China.
Pengarah, Presiden dan Wakil Pegawai Eksekutif Honda Motor Co., Toshihiro Mibe, berkata, “e:N2 Concept mewakili nilai [kereta] e:N Series kami, yang akan ‘memberi definisi baharu dalam aspek keseronokan yang boleh ditawarkan kenderaan elektrik (EV) kepada pelanggan' dengan ciri keseronokan pemanduan yang unik, nilai sebagai ruang dan rekaan mobiliti.”
Pengarah, Presiden dan Wakil Pegawai Eksekutif Honda Motor Co., Toshihiro Mibe
PRESTASI E:N2 CONCEPT
Jelas Toshihiro, model ini dibina berlandaskan platform khas, e:N Architecture F, yang dibangunkan secara eksklusif untuk barisan kereta e:N Series. Kereta konsep yang baru didedahkan ini telah direka secara terperinci agar dapat memberikan keseronokan pemanduan kerana memiliki kestabilan yang tinggi dengan karakter pengendalian yang tajam.
REKA BENTUK E:N2 CONCEPT
Pasukan yang terlibat dalam rekaan kereta konsep EV e:N Honda
e:N2 Concept tampil dengan garis badan yang tajam dan dinamik serta kemasan yang menyerlahkan lagi gaya ‘metalik’ kereta. Sememangnya unik dan futuristik!
KABIN E:N2 CONCEPT

Bergerak ke bahagian dalam, kereta konsep ini telah direka dengan idea untuk merealisasikan nilai EV ini sebagai “ruang” untuk penumpang menikmati saat-saat “keseronokan intelek” atau intellectual exhilaration. Bagi mendapatkan ‘aura’ ruang yang dinyatakan ini, Honda mengetengahkan konsep kokpit digital yang ringkas, selain turut dilengkapkan dengan teknologi pintar terkini, Honda CONNECT serta penggunaan pencahayaan dan bauan.
PERANCANGAN EV HONDA
Tahun lalu, Honda mengumumkan sasaran elektrifikasi syarikat untuk kesemua pasaran EVnya termasuk China iaitu untuk meningkatkan nisbah EV dan FCV dalam jualan unit keseluruhan kepada 40% menjelang tahun 2030 kepada 80% pada tahun 2035 dan 100% menjelang tahun 2040.
Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan ini secepat mungkin, Honda akan menghentikan sepenuhnya pengeluaran model yang digerakkan oleh enjin pembakaran dalaman di negara China selepas tahun 2030.
Sumber: Electric Cars Report
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Arab Saudi Wujudkan Jenama EV Sendiri, Keluaran Pertama 2025 Nanti
Baca: Perhatian Orang Sarawak, Ada Pusat 3S Honda Baharu Di Tempat Anda!
Baca: Honda WR-V Bakal Ditayangkan Untuk Tatapan Umum 2 November Ini
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge