JPJ KL Lelong Nissan Fairlady 350Z Pada RM35.6K!
Sesi bidaan di Dewan Merpati JPJ WPKL, semalam (Foto: Kosmo)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur berjaya membuat kutipan sebanyak RM285,750 hasil lelongan 49 buah kenderaan dalam Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri Dua tahun 2022 yang diadakan di Dewan Merpati JPJ WPKL, semalam.
Daripada 49 buah kenderaan tersebut, 29 daripadanya boleh digunakan di jalan raya atau dilesenkan dan 20 lagi tidak boleh dilesenkan, jelas Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail.
Baca: Kereta Filem James Bond, Aston Martin DB5 Terjual RM15 Juta!
“Lelongan kali ini, bagi kategori jenis kenderaan yang tidak boleh dilesenkan, sebuah lori dibida dengan harga tertinggi sebanyak RM17,100.
“Bagi kategori kenderaan yang boleh dilesenkan, sebuah kereta jenis Nissan Fairlady 350Z dibida dengan pada harga tertinggi sebanyak RM35,600,” katanya dalam kenyataan semalam.

Gambar hiasan: Nissan Fairlady 350Z (Sumber: Insta lowtek_z33)
Ini merupakan sesi lelongan kali kedua yang diadakan tahun ini. Lelongan siri satu yang diadakan Mac lalu yang membabitkan 91 buah kenderaan boleh dilesenkan dan enam kenderaan tidak boleh dilesenkan berjaya mengumpulkan sebanyak RM385,246.
Baca: Rolls-Royce Milik Penyanyi Queen, Freddie Mercury, Bakal Dilelong, Ini Sejarahnya...
Secara keseluruhannya, majlis Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri Satu dan Dua tahun ini berjaya membuat kutipan berjumlah RM680,996.
Individu yang dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam penjualan lelong ini hanyalah mereka yang telah membeli Dokumen Penjualan Lelong dan mendatangani perakuan menyertai lelongan sahaja.
“Pembida yang menawarkan harga yang tertinggi adalah pembida yang berjaya dan harga kenderaan adalah tertakluk kepada harga minimum yang ditentukan.
“JPJ juga berhak menarik balik kenderaan tersebut jika pihaknya tidak berpuas hati atas harga yang ditawarkan atau harga tidak mencapai harga minimum yang ditentukan,” katanya.
Sumber: The Star, Kosmo
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Rolls-Royce Milik Penyanyi Queen, Freddie Mercury, Bakal Dilelong, Ini Sejarahnya...
Baca: Kereta Filem James Bond, Aston Martin DB5 Terjual RM15 Juta!
Baca: [FOTO] Kereta Puteri Diana, Ford Escort RS Turbo, Bakal Dilelong
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA7993
SELANGOR
BSQ4561
JOHOR
JYX5704
PULAU PINANG
PSC6145
PERAK
APH7942
PAHANG
CFG6411
KEDAH
KGG2824
NEGERI SEMBILAN
NEK5279
KOTA KINABALU
SJS1422
KUCHING
QAB9224N
Terakhir Kemas Kini 01 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026
Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.
22-12-2025
Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah
Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.
19-12-2025
Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026
Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.
18-12-2025
Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800
Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.
28-11-2025
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang
Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.
20-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"
Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.
14-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini
Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.
16-10-2025
Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih
Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.
14-10-2025
Berita Terkini
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan
Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.
29-05-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!
Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.
28-05-2026
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat