Lalui 850 Ujian! Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Kini Di Pasaran

Pengeluar tayar, Continental, kini menawarkan tayar berteknologi tinggi baharu, UltraContact UC7, bagi pengguna di negara Malaysia! Sebagai keluaran terbaharu, apa yang menariknya tentang tayar ini? Teruskan baca untuk pendedahannya.
Bukan mudah menghasilkan tayar, pada pandangan mata kasar, mungkin ia hanya sepertimana tayar getah biasa yang lain, tetapi apa yang berlaku di sebalik tabir untuk membangunkan tayar ini, sememangnya luar biasa.

Menurut Continental, UltraContact UC7 dibangunkan oleh pasukan yang terdiri daripada 25 jurutera dan pakar bahan yang melaburkan 9,500 jam untuk menghasilkan reka bentuk, melakukan simulasi, membina dan menguji prototaip yang dihasilkan. Secara keseluruhannya, tayar ini telah diuji sebanyak 850 kali!
INI DIA TEKNOLOGI HEBAT PADA TAYAR ULTRACONTACT UC7
Program pembangunan dan kajian intensif yang telah dijalankan melahirkan teknologi tayar canggih ‘Confidence+ Technology’ yang menampilkan ‘Diamond DNA.’



Apa itu Diamond DNA?
Diamond DNA merangkumi tiga ciri iaitu Diamond Compound, Noise Breaker 3.0 dan Aqua Channel Advanced. Berikut adalah penerangan bagi setiap ciri tersebut:
#1 Aqua Channel Advanced: Teknologi corak bunga yang memberikan cengkaman luar buasa semasa melalui laluan yang basah. Ciri ini disempurnakan lagi dengan reka bentuk alur tayar 'Flow X-celerator' Continental yang mempercepatkan pergerakan aliran air pada permukan tayar. Hasilnya, dapat mengurangkan risiko ‘aquaplaning.'
![]()
Fakta menarik: Apa itu aquaplaning?
Aquaplaning ialah fenomena yang berlaku apabila tayar kereta hilang cengkaman permukaan jalan kerana terdapat lapisan air antara tayar dan juga jalan.
#2 Diamond Compound: Continental menghasilkan UltraContact UC7 ini dengan rangkaian polimer yang telah dioptimumkan untuk meningkatkan ketahanan tayar. Ciri ini juga secara tidak langsung membantu mengurangkan bunyi bising tayar kerana dapat menyerap impak jalan dengan lebih baik.
#3 Noise Breaker 3.0: Teknologi ini akan ‘mengganggu’ gelombang bunyi yang bergerak melalui alur tayar dan memecahkannya kepada gelombang-gelombang lebih kecil. Hasilnya, bunyi tayar yang memasuki kabin adalah di tahap terendah atau paling senyap.

Dalam erti kata lain tayar UltraContact UC7 berkali ganda lebih hebat berbanding keluaran terdahulu, UltraContact UC6. Oleh itu berbaloi atau tidak untuk dibeli? Memang berbaloi! Tidak dinafikan.
Tayar UltraContact UC7 turut ditawarkan dalam pelbagai saiz bermula daripada 15 ke 18 inci, menjadikannya sesuai untuk penggunakan pelbagai jenis kenderaan daripada jenis kompak, sederhana hinggalah kepada sedan mewah dan MPV.
Berminat? Dapatkan tayar ini daripada pengedar dan peruncit Continental yang sah. Anda juga boleh membuat pembelian secara maya melalui platform jual beli terkenal pada harga serendah RM245 sebiji.

ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Tayar Mewah Cecah RM41K Dirampas Kastam! Ini Puncanya...
Baca: Kereta Hancur Angkara Tayar Lori, Apa Punca Tayar Lori Tercabut, Baca Ini..
Baca: Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Lalui 850 Ujian!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9360
SELANGOR
BSU2574
JOHOR
JF3349J
PULAU PINANG
PSG1785
PERAK
APL9507
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3648
NEGERI SEMBILAN
NEM2016
KOTA KINABALU
SJU4390
KUCHING
QAB7165P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge