Tayar EcoContact 6, EcoContact 6Q, Direka Untuk Kereta Petrol, Hibrid, Elektrik

Pengeluar tayar terkemuka dari Jerman, Continental memperkenalkan EcoContact 6 dan EcoContact 6Q ke pasaran Malaysia, baru-baru ini.

Kedua-dua tayar itu direka khas untuk memenuhi keperluan kenderaan petrol, hibrid dan elektrik selain menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api.
Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.Andrea Somorova berkata, pihaknya sentiasa meneroka had teknologi tayar bagi meningkatkan keyakinan dalam setiap perjalanan.
"Untuk pemandu Malaysia, sama ada memandu di jalan bandar, di lebuh raya, atau dalam perjalanan jarak jauh, EcoContact 6 dan 6Q direka untuk menawarkan keselesaan, kecekapan dan keselamatan bagi pemanduan yang lebih senyap, lebih lancer serta dengan jarak perjalanan yang lebih jauh,” katanya.
EcoContact 6 mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dengan sebatian silika berteknologi tinggi yang mengoptimumkan rintangan golekan tayar. Ia dicipta dalam bentuk yang khusus, di mana rib asimetri dan geometri sipe tayar memberikan cengkaman dan kestabilan di atas jalan yang basah dan kering
Sementara itu, EcoContact 6Q pula direka dengan ciri-ciri teknologi pengurangan bunyi yang canggih, memastikan pemanduan lebih lancar dan senyap. Corak bunga khasnya dan kompaun Advanced Green Chili 2.0, mampu mengadaptasi keadaan jalan, memberi tayar lebih keupayaan terhadap rintangan golekan dan menjimatkan penggunaan bahan api.
Sementara rib asimetri dan geometri sipe tayar mengekalkan konsistensi terhadap permukaan jalan, ia juga meningkatkan kestabilan, terutamanya semasa menukar haluan, meminimakan bunyi bising untuk pemanduan yang lebih selesa.

Menyedari tentang permintaan yang semakin meningkat, Continental telah menggabungkan teknologi ContiSilent™ ke dalam tayar EcoContact 6 dan EcoContact 6Q. Inovasi penyerapan busa poliuretana mengurangkan bunyi dalaman sehingga 9 dB(A), memastikan pemanduan yang lebih senyap dan selesa semasa melalui pelbagai permukaan jalan.
Walaupun kedua-dua model mengutamakan kecekapan, EcoContact 6 memfokuskan pada ketahanan, manakala EcoContact 6Q memberi lebih keselesaan dalam pemanduan ditambah pula dengan teknologi pengurangan bunyi.
Bagi yang berminat, anda boleh memiliki Continental EcoContact 6 dan 6Q, yang terdapat dalam saiz 15 inci hingga 21 inci , dengan tanda OE, dihasilkan secara khas dan diluluskan untuk kenderaan BMW dan Mercedes-Benz.
Tayar-tayar ini boleh didapati di pengedar sah Continental di seluruh negara, dan cawangan rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut, layari:
https://www.continental-tires.com/my/en/products/car/tyres/ecocontact-6/
https://www.continental-tires.com/my/en/products/car/tyres/ecocontact-6q/
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA6207
SELANGOR
BSQ4281
JOHOR
JYX4741
PULAU PINANG
PSC5767
PERAK
APH7560
PAHANG
CFG6287
KEDAH
KGG2483
NEGERI SEMBILAN
NEK5154
KOTA KINABALU
SJS1284
KUCHING
QAB9045N
Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton, Continental Bekerjasama, Proton Kini Jadi Pusat Sehenti Jual, Pasang Tayar
Proton kini menjalinkan kerjasama dengan Continental Malaysia bagi memperkenalkan perkhidmatan tayar bersepadu di pusat servis bertauliah terpilih di seluruh negara.
22-05-2025
Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik
Sanusi menegaskan keputusan Continental menutup kilang tayar di Kedah tiada kaitan isu politik.
02-05-2025
Kilang Continental Di Alor Setar Ditutup Hujung Tahun 2025
Continental akan menghentikan operasi pembuatan tayar di kilangnya di Alor Setar, Malaysia, menjelang hujung tahun 2025.
28-04-2025
Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S
Continental, telah memperkenalkan produk terbaru mereka, EcoContact 7 dan EcoContact 7 S.
06-02-2025
Ada 2,500 Panel Solar Di Kilang Tayar Continental, PJ
Penjanaan tenaga solar semasa waktu pengeluaran dikatakan dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 1,400 tan setahun.
28-01-2025
Ketahanan Tayar MaxContact MC7, Memang Luar Biasa!
Tayar MC7 mampu tahan tork sehingga 900 Nm.
23-04-2024
Continental Tawar Waranti Tambahan & Ganjaran Sehingga RM200!
Continental Tyre Malaysia, meraikan ulang tahun ke-60 syarikatnya dengan melancarkan Total Confidence Plan (TCP) dan ganjaran e-dompet kepada pembeli tayar baharu.
03-04-2023
Tayar Baharu Continental, ComfortContact CC7, Nikmati Kabin Senyap & Perjalanan Lancar
Pengeluar tayar kereta terkemuka, Continental, telah memperkenalkan tayar baharu keluaran syarikatnya hari ini, ComfortContact CC7.
01-03-2023
Berita Terkini
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan
Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.
29-05-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!
Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.
28-05-2026
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
