ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Luar Biasa, Shell Malaysia Lancar Minyak Enjin Diperbuat Daripada Gas Asli

Suhana Veru

Kongsi melalui


Shell Malaysia secara rasminya melancarkan minyak enjin neutral karbon (carbon neutral ) pertama yang dihasilkan dengan menggunakan gas asli. 

Pengenalan produk baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan dalam menawarkan pilihan minyak enjin lebih lestari kepada pengguna.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Ivan Tan berkata, seriring dengan pelancaran produk baharu ini sekali gus membuktikan  komitmen syarikat dalam membantu mengurangkan pelepasan karbon selain mahu menjadi perniagaan tenaga pelepasan sifar bersih pada 2050.

“Shell Malaysia berbesar hati kerana dapat menyediakan pelbagai solusi tenaga rendah karbon kepada pelanggan kami, daripada pengecasan kenderaan elektrik dan biobahan api, dan kini pelincir karbon neutral.

“Kita akan meningkatkan usaha dalam solusi berasaskan alam semula jadi bagi menjana kredit karbon berkualiti tinggi yang boleh digunakan untuk mengimbangi pelepasan yang dijana apabila pelanggan membeli dan menggunakan produk Shell seperti Shell Helix Power 5W terbaru ini,” katanya.


Menurutnya, ia merupakan initisiatif tambahan usaha Shell dalam mengurangkan tahap intensiti karbon secara bertanggungjawab di dalam operasi minyak dan gas, dan pelaburan dalam sumber tenaga rendah karbon.

Sebagai makluman, portfolio global kredit karbon berasaskan alam semula jadi akan mengimbangi pelepasan CO2e daripada keseluruhan kitaran hayat produk-produk ini termasuk bahan mentah, pembungkusan, pengeluaran, pengedaran, penggunaan pelanggan dan perlupusan produk. 

Selain itu, Shell turut bekerjasama dengan projek-projek di seluruh dunia yang membantu mengurangkan pelepasan CO2e, selain meningkatkan taraf kehidupan masyarakat tempatan dan melindungi biodiversiti.


Sementara itu, Pengurus Besar, Perniagaan Shell Lubricant Malaysia & Singapura, Nyon Kam Yew,  berkata, “Shell Malaysia memperkenalkan siri minyak enjin Shell Helix neutral karbon di bawah rangkaian sintetik penuh super premium – Helix Power and Protect. “Minyak enjin ini diformulasi menggunakan Teknologi Shell PurePlus, yang dihasilkan daripada 99.5% minyak asas tulen daripada gas asli, serta dipercayai dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari,” jelasnya

Sempena pelancaran ini, Shell Helix juga meluaskan lagi tawarannya dengan memperkenalkan gred kelikatan 5W-40 di bawah varian Power bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. 

Apa yang cukup menarik ialah Shell Helix Power 5W-40 direka khas untuk kenderaan berkuasa dan berprestasi tinggi dan sesuai untuk kebanyakan kereta penumpang moden yang menggunakan petrol dan diesel. 

Minyak enjin terbaru yang dilancarkan kini boleh didapati di bengkel-bengkel Shell yang terlibat dan bengkel-bengkel bebas lain, dengan harga runcit RM280 di Semenanjung Malaysia untuk pek empat liter dan RM 280.80 di Sabah dan Sarawak.

Bagi memeriahkan lagi pelancaran ini, pengguna akan mendapat sebuah speaker Bluetooth percuma Shell Helix dengan setiap pembelian pek empat liter Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Power 5W-40, atau Shell Helix Protect 0W-30 di mana-mana kedai terlibat, selagi stok masih ada.

Bagi memastikan keaslian produk sebelum pembelian, pelanggan digalakkan mencari logo “Untuk Pasaran Malaysia” di bahagian hadapan label botol.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV5240

SELANGOR

BSU6024

JOHOR

JG3653J

PULAU PINANG

PSG7516

PERAK

APM4761

PAHANG

CFJ2257

KEDAH

KGJ5767

NEGERI SEMBILAN

NEM3903

KOTA KINABALU

SJU6851

KUCHING

QAB8253P

Terakhir Kemas Kini 25 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
Ikut Rapat Tak Nak Bayar Tol

Ikut Rapat Tak Nak Bayar Tol

Ekor Rapat Sebab Nak Jimat Duit.

23-10-2026
Berita Auto
TuJu Down, PM Minta Maaf

TuJu Down, PM Minta Maaf

TuJu 'sesak' dengan 800,000 pengguna,

23-10-2026
Berita Auto
Berapa Ramai Guna Waze?

Berapa Ramai Guna Waze?

6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.

23-10-2026
Berita Auto
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri

Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri

Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.

23-10-2026
Berita Auto
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah

Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah

Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.

23-10-2026
Berita Auto
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan

Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan

Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.

23-10-2026
Berita Auto
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift

S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift

Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?

22-10-2026
Berita Auto
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.