Luar Biasa, Shell Malaysia Lancar Minyak Enjin Diperbuat Daripada Gas Asli
-full_normal.jpg)
Shell Malaysia secara rasminya melancarkan minyak enjin neutral karbon (carbon neutral ) pertama yang dihasilkan dengan menggunakan gas asli.
Pengenalan produk baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan dalam menawarkan pilihan minyak enjin lebih lestari kepada pengguna.
Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Ivan Tan berkata, seriring dengan pelancaran produk baharu ini sekali gus membuktikan komitmen syarikat dalam membantu mengurangkan pelepasan karbon selain mahu menjadi perniagaan tenaga pelepasan sifar bersih pada 2050.
“Shell Malaysia berbesar hati kerana dapat menyediakan pelbagai solusi tenaga rendah karbon kepada pelanggan kami, daripada pengecasan kenderaan elektrik dan biobahan api, dan kini pelincir karbon neutral.
“Kita akan meningkatkan usaha dalam solusi berasaskan alam semula jadi bagi menjana kredit karbon berkualiti tinggi yang boleh digunakan untuk mengimbangi pelepasan yang dijana apabila pelanggan membeli dan menggunakan produk Shell seperti Shell Helix Power 5W terbaru ini,” katanya.

Menurutnya, ia merupakan initisiatif tambahan usaha Shell dalam mengurangkan tahap intensiti karbon secara bertanggungjawab di dalam operasi minyak dan gas, dan pelaburan dalam sumber tenaga rendah karbon.
Sebagai makluman, portfolio global kredit karbon berasaskan alam semula jadi akan mengimbangi pelepasan CO2e daripada keseluruhan kitaran hayat produk-produk ini termasuk bahan mentah, pembungkusan, pengeluaran, pengedaran, penggunaan pelanggan dan perlupusan produk.
Selain itu, Shell turut bekerjasama dengan projek-projek di seluruh dunia yang membantu mengurangkan pelepasan CO2e, selain meningkatkan taraf kehidupan masyarakat tempatan dan melindungi biodiversiti.

Sementara itu, Pengurus Besar, Perniagaan Shell Lubricant Malaysia & Singapura, Nyon Kam Yew, berkata, “Shell Malaysia memperkenalkan siri minyak enjin Shell Helix neutral karbon di bawah rangkaian sintetik penuh super premium – Helix Power and Protect. “Minyak enjin ini diformulasi menggunakan Teknologi Shell PurePlus, yang dihasilkan daripada 99.5% minyak asas tulen daripada gas asli, serta dipercayai dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari,” jelasnya
Sempena pelancaran ini, Shell Helix juga meluaskan lagi tawarannya dengan memperkenalkan gred kelikatan 5W-40 di bawah varian Power bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
Apa yang cukup menarik ialah Shell Helix Power 5W-40 direka khas untuk kenderaan berkuasa dan berprestasi tinggi dan sesuai untuk kebanyakan kereta penumpang moden yang menggunakan petrol dan diesel.
Minyak enjin terbaru yang dilancarkan kini boleh didapati di bengkel-bengkel Shell yang terlibat dan bengkel-bengkel bebas lain, dengan harga runcit RM280 di Semenanjung Malaysia untuk pek empat liter dan RM 280.80 di Sabah dan Sarawak.
Bagi memeriahkan lagi pelancaran ini, pengguna akan mendapat sebuah speaker Bluetooth percuma Shell Helix dengan setiap pembelian pek empat liter Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Power 5W-40, atau Shell Helix Protect 0W-30 di mana-mana kedai terlibat, selagi stok masih ada.
Bagi memastikan keaslian produk sebelum pembelian, pelanggan digalakkan mencari logo “Untuk Pasaran Malaysia” di bahagian hadapan label botol.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY5930
SELANGOR
BSQ2476
JOHOR
JYW9747
PULAU PINANG
PSC4159
PERAK
APH5640
PAHANG
CFG5547
KEDAH
KGG1256
NEGERI SEMBILAN
NEK4532
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB7970N
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026
Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang cuti panjang bermula 27 Mei ini.
22-05-2026
Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini
Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!
22-05-2026
Lencongan Jalan Lojing-Gua Musang Sudah Dibuka
Jalan Lojing-Gua Musang Dibuka Jam 5 Petang Ini, JKR Ingatkan Pemandu Kurangkan Had Laju!
21-05-2026
Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu
Rakyat Malaysia Serbu Toyota! Yaris Cross Catat Lebih 2,000 Tempahan Selepas 14 Hari Pelancaran.
21-05-2026
Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari
Nak Cuti Panjang, Ini Tarikh-Tarikh ‘Keras’ Yang Anda Wajib Elak Di Lebuhraya PLUS!
20-05-2026
iCAUR 03 CKD Kini Dipasang Di Shah Alam, Harga Marhaen
Bukan Lagi CBU! SUV EV 'Retro-Kotak' iCAUR 03 Kini Mula Dipasang Di Shah Alam, Harga RM129k!
20-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat