"Macam Final Destination!" Kongsi Mangsa Kemalangan 100 Kenderaan Di AS

Sekurang-kurangnya 100 kenderaan terlibat dalam sebuah kemalangan yang berlaku di Denver, Colorado, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu (waktu tempatan).
Puncanya? Salji.
Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku ketika orang ramai sedang menuju ke tempat kerja kira-kira jam 5.40 pagi.

Kemalangan membabitkan 100 kenderaan di Denver, AS (Foto: CBS)
Menjelaskan suasana semasa kejadian, salah seorang mangsa yang terlibat berkongsi bahawa keadaan ketika itu tidak ubah seperti di dalam set penggambaran, “Sesetengah orang duduk di dalam kereta dan sesetengahnya lagi keluar [daripada kenderaan masing-masing]. Saya cuba membantu mereka yang cuba keluar daripada kereta ke atas pembahagi jalan.
Kemalangan membabitkan 100 kenderaan di Denver, AS (Foto: CBS)
"Ada satu pasangan ini dengan bayi [terpaksa] mencampak bayi tersebut ke arah saya semasa cuba menaiki pembahagi jalan. [Terdapat juga] seorang wanita yang cuba keluar daripada keretanya dengan bantuan saya untuk memanjat ke atas pembahagi tersebut. Sangat huru-hara. Seperti filem Final Destination,” jelas Antonius.
Kemalangan membabitkan 100 kenderaan di Denver, AS (Foto: CBS)
Seorang lagi mangsa yang terlibat berkongsi bahawa semasa kejadian berlaku dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sebelum melalui black ice.
Fakta menarik: Apa itu black ice?
Black ice ialah satu fenomena di mana terdapat lapisan ais pada permukaan jalan. Lapisan ais ini bukannya berwarna hitam seperti namanya tetapi jernih dan memperlihatkan warna permukaan jalan (hitam).
Dia meluahkan rasa kecewa dengan kemalangan itu kerana kemungkinan kereta yang diberikan oleh mendiang ibunya tidak dapat diselamatkan lagi (total loss). Menceritakan kejadian, “Saya meluncur. Ketika itu saya yakin sesuatu akan berlaku, jadi saya hanya bersedia untuk merasai impak. Saya tahu saya tidak mampu berhenti,” kongsi Drew Perrier.
Kemalangan membabitkan 100 kenderaan di Denver, AS (Foto: CBS)
Seorang lagi mangsa berkongsi bagaimana sewaktu turun daripada bukit dia tidak berjaya berhenti.
“Hanya [melalui] black ice. Saya ternampak dua orang sedang berkalan kaki, [lantas] saya cuba untuk menekan brek namun tidak berjaya berhenti. Saya terpusing dan melanggar kereta lain sebelum [kereta saya] dilanggar oleh kereta lain. Wanita yang berada di belakang saya patah lengan. Memang gila,” ujar Carlos Davidson.


Pakar Meteorologi Cuaca Pinpoint, Travis Michels berkata, salji ringan yang turun mungkin mencair di atas permukaan jalan yang hangat, suhu walau bagaimanapun semakin rendah pada waktu malam dan apabila menjelang waktu pagi, suhu berada di bawah tahap beku sehingga menyebabkan ais terbentuk di atas permukaan jalan.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan ini telah dibawa ke satu lokasi (Lot C, Empower Field). Jabatan Pengangkutan Colorado membuka kembali lebuh raya tersebut pada jam kira-kira 11 pagi hari yang sama.
Sumber: Fox 31
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Kereta Hancur Angkara Tayar Lori, Apa Punca Tayar Lori Tercabut, Baca Ini...
Baca: Mangsa Sempat Bergambar Lepas Kemalangan Dengan Myvi Terbalik
Baca: Merisaukan! Kemalangan Meningkat 52 Peratus Tahun Ini!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


