Model Tercanggih & Paling Selamat Volvo, EX90 Telah Dilancarkan

Setelah berhari-hari kita disajikan dengan imej acah Volvo EX90, hari ini, kita dapat melihat dengan terperinci setiap inci SUV elektrik tujuh tempat duduk yang dikatakan sebagai kereta paling selamat pernah dihasilkan Volvo! Teruskan membaca untuk pendedahannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Jim Rowan melancarkan EX90
CIRI TEKNIKAL VOLVO EX90

EV flagship daripada Volvo ini dibina berdasarkan platform SPA2, berbeza daripada platform CMA yang digunakan untuk membangunkan dua model EV Volvo sebelum ini, XC40 Recharge dan C40 Recharge.
Model ini dapat mencapai jarak perjalanan sejauh 600 km dengan cas penuh (berdasarkan kitaran WLTP) dan kereta boleh dicas daripada 10% ke 80% dalam masa kurang 30 minit. Bateri berkapasiti 111kWh dan dua motor elektrik kekal meyalurkan kuasa kepada sistem pacuan semua roda kereta dengan output 517 hp/910 Nm.
REKA BENTUK VOLVO EX90




Reka bentuknya tampil futuristik, ciri ini terserlah daripada rekaan pemegang pintunya yang rata ke dalam pintu seperti kebanyakan EV lain. Menurut Volvo, reka bentuk EX90 ini diinspirasikan daripada bentuk kapal layar. Lampu hadapan ikonik Volvo yang berbentuk seperti tukul Thor juga masih digunakan.
Baca: Volvo Dedah Imej & Video Acah EX90



Bergerak ke bahagian dalam, terserlah ciri moden dan ringkas kereta yang melahirkan rasa lapang kepada pemandu dan penumpang. Untuk keluaran kali ini, Volvo ‘menghilangkan’ butang kawalan fizikal daripada konsol tengah. Selain itu, ia turut menggunakan stereng baharu dengan skrin digital pada papan pemuka.

Contoh jenis paparan berbeza pada kedua-dua skrin di sebalik stereng dan di konsol tengah
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kecanggihan yang disediakan untuk pemandu, klik artikel ini: Reka Bentuk & Teknologi Pada Papan Pemuka Volvo EX90 Didedahkan, Lebih Mesra Pemandu
Tidak cukup dengan itu, sepertimana kereta keluaran Volvo lain yang hadir dengan sistem audio menakjubkan, Volvo EX90 juga sudah semestinya tidak ketinggalan dalam aspek ini. Model ini dihadirkan dengan sistem audio Bowers & Wilkins.


Selain kecanggihan sistem untuk kemudahan pemandu, Volvo turut menguar-uarkan betapa keluaran kali ini merupakan model yang paling selamat pernah dihasilkan Volvo.

Illustrasi pengesan penumpang Volvo
EX90 dilengkapkan dengan set penderia/sensor tercanggih yang terdiri daripada 16 sensor ultrasonik, lapan kamera dan lima radar yang berfungsi bersama-sama dengan sistem pengesanan cahaya dan jarak (LiDAR) yang dipasangkan pada bahagian bumbung SUV ini.
Sistem LiDAR Volvo menggunakan getaran (pulse) laser untuk mengukur jarak dengan tepat dan berkemampuan untuk mengesan pejalan kaki dari jarak sejauh 250 ela (228.60 m)! Teknologi LiDAR Volvo yang canggih ini telah terbukti berkesan merendahkan risiko kemalangan teruk sehingga 20 peratus.
Baca artikel ini untuk penjelasan mengenai salah satu ciri keselamatan menarik Volvo EX90: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!
LAIN-LAIN

Teknologi pengecasan dua arah membolehkan EV menyalurkan kuasa kepada peralatan lain
Volvo EX90 merupakan model pertama syarikat yang hadir dengan fungsi pengecasan dua arah atau bi-directional iaitu daripada grid kepada bateri EV (untuk mengecas EV) dan juga daripada EV kepada peralatan lain (untuk membekalkan tenaga/mengecas kepada peralatan lain) seperti rumah, grid utiliti, kenderaan lain dan sebagainya.
Baca artikel ini untuk penjelasan terperinci: Volvo EX90: Bukan EV Biasa, Boleh Dicas Dan Mengecas! Ini Dia Penjelasan Teknologi Pengecasan 2 Arah Volvo
PERANCANGAN MASA DEPAN VOLVO
Menurut Volvo, syarikat ini menyasarkan untuk menjual kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030, pencapaian sasaran ini penting untuk merealisasikan impian Volvo untuk menjadi syarikat neutral iklim menjelang 2040.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!
Baca: Reka Bentuk & Teknologi Pada Papan Pemuka Volvo EX90 Didedahkan, Lebih Mesra Pemandu
Baca: Volvo Dedah Imej & Video Acah EX90
Baca: Volvo Dedahkan Bentuk Lampu Hadapan & Perehat Kepala EX90
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge