- Berita
- Berita Auto
- “Penduduk PPR Ini Cecah 8,000, Parkir Hanya 1,200, Mana Janji DBKL?” – Penduduk PPR KL
“Penduduk PPR Ini Cecah 8,000, Parkir Hanya 1,200, Mana Janji DBKL?” – Penduduk PPR KL

PPR Seri Semarak (Foto: Zhafrah Sha)
Sudahlah ruang parkir terlalu terhad untuk penduduk yang ramai, malah disaman lagi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila kereta diparkir di luar kawasan yang dibenarkan. Inilah nasib penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak.
Lebih 400 petak yang sebelum ini digunakan sebagai tempat letak kenderaan 'dirampas' oleh projek pembangunan.
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) PPR Seri Semarak, Ahmad Faizul Muhamad Hasdi, 62, berkata, "Sebelum ini, penduduk dijanjikan parkir bertingkat, namun sehingga kini belum dibina lagi.
"Kini, tapak untuk parkir bertingkat sudah ditukar kepada Pusat Komuniti atas sebab tertentu, bagi kegunaan penduduk awam di seluruh Setiawangsa.
"Sekarang Pusat Komuniti sudah lama siap dan berada di bawah Pengurusan Jabatan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Namun, di mana mana hak (parkir bertingkat) kami yang DBKL janjikan," katanya yang masih menunggu maklum balas daripada PBT.
Situasi yang mereka alami menjadi semakin kritikal apabila DBKL membenarkan syarikat pemaju, SkyWorld menggunakan kawasan parkir warga PPR tersebut untuk membina jalan raya empat lorong.
Pihak SkyWorld juga telah berjanji untuk membina ruang parkir di atas padang JMB, PPR Seri Semarak, dengan surat keizinan yang telah pun dikeluarkan.

DBKL berjanji akan menggunakan kawasan padang berhampiran untuk membina ruang parkir baharu (Foto: Shopee betta aquatic)
"Pengurusan SkyWorld juga sudah membuat pembentangan di Jabatan Perancangan Bandar DBKL dengan semua pihak termasuk persatuan penduduk dan JMB.
"Tetapi perkara ini sudah berlalu terlalu lama dan sehingga kini belum ditunaikan.
"Khabarnya mereka hendak membatalkan janji untuk membina kawasan parkir ini," katanya.
"DBKL juga sudah memutuskan keseluruhan pengurusan akan diserahkan kepada JMB yang baru dilantik dan tarikh yang disasarkan pada 31 Disember ini atau selewat-lewatnya 31 Januari 2023.
"Jadi, kami meminta kepada DBKL menyiapkan serta melengkapkan dulu semua isu fasiliti dan infrastruktur di PPR Seri Semarak sebelum penyerahan dilakukan," katanya.
Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak, Azmi Abdul Aziz, 58 berkata, isu ini juga kian meruncing kerana sikap sesetengah penghuni yang mementingkan diri sendiri. Ada antara mereka yang membiarkan kereta tersadai di tempat parkir sama bertahun lamanya. Apabila laporan dibuat kepada DBKL, alasan yang diberikan ialah depoh simpanan sudah tidak mampu menampung kenderaan lain. Kini terdapat sekitar 110 buah kereta yang tersadai.
Ada juga sesetengah daripada pengguna parkir tersebut bukanlah penduduk PPR tetapi orang luar yang meletakkan kenderaan untuk ke stesen bas atau LRT berdekatan.
PPR Seri Semarak kini mempunyai bilangan penduduk hampir 8,000 dengan penggunaan kira-kira 3,000 kenderaan, jumlah parkir tersedia pula hanya 1,200 petak.
Menurut Ahmad Faizul, isu ini sebenarnya boleh diselesaikan kalau pihak DBKL dan SkyWorld menunaikan janji yang telah dibuat kepada penduduk.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Ngeri! Kereta Ranap Dihempap Pokok
Baca: Agak-Agak Salah Siapa? Yang Kopak Atau Double Park?
Baca: MBSJ Sedia Parkir Terhad 2 Jam Elak Monopoli Parkir, Trafik Sesak, Parkir Berlapis
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU1458
SELANGOR
BSU4315
JOHOR
JF7532J
PULAU PINANG
PSG4515
PERAK
APM2705
PAHANG
CFJ1291
KEDAH
KGJ4763
NEGERI SEMBILAN
NEM2924
KOTA KINABALU
SJU5702
KUCHING
QAB7581P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Dari Rekaan Kotak, Jetour Kini Tembusi Pasaran Global
SUV Berkotak JETOUR: Gaya Off-Road Kini di Pasaran Global.
15-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge