ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Periksa Semua Lampu! Peringatan Puspakom Kepada Pemandu Kenderaan Berat

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Sejak kebelakangan ini kemalangan membabitkan kenderaan berat kerap berlaku, seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, kes kemalangan maut melibatkan kenderaan berat semakin meningkat pada tahun ini. Berbanding tahun 2019, kemalangan maut membabitkan kenderaan berat menunjukkan peningkatan sebanyak 2% tahun ini. 

Baca: Hati-Hati Dengan Kenderaan Berat, Tapi Kenapa? Baca Pendedahan PLUS

Apa sebenarnya punca isu ini? Terdapat beberapa faktor sebenarnya terutamanya yang membabitkan penyelenggaraan kenderaan berat. 

Baru-baru ini Puspakom berkongsi di Facebook satu peringatan agar pemandu trak memeriksa kesemua lampu agar mematuhi piawaian lampu yang ditetapkan. 

Sebenarnya perkongsian tersebut pernah dibuat sebelum ini. Di dalam foto yang dikongsikan, lampu belakang lori tersebut dilihat sudah pecah:

Situasi ini sememangnya membahayakan pengguna jalan raya lain. Dalam post terkini, Puspakom turut menyertakan fail Panduan Pemeriksaan Kenderaan Perdagangan (Barangan): Rujukan Pelanggan:


Berikut adalah senarai penuh pemeriksaan lampu kenderaan berat yang dinyatakan:

Lampu Hadapan



Lampu hadapan mestilah:

  • Berfungsi lampu tinggi dan lampu rendah, dipasang kemas dan tidak longgar

  • Terang, tidak pecah dan tidak retak

  • Warna putih

  • Tiada pengubahsuaian daripada spesifikasi asal (HID / STROBE Light dan lain-lain)


Lampu Nombor Pendaftaran (Belakang)



Lampu nombor pendaftaran mestilah:

  • Warna putih, berfungsi, tidak retak dan tidak pecah

  • Dipasang dengan kemas dan menyuluh ke arah nombor pendaftaran

  • Tiada pengubahsuaian daripada spesifikasi asal (HID / STROBE Light dan lain-lain)


Lampu Penanda (Side Marker Lamp)

  • Berfungsi dan tidak berpecah

  • Warna putih menghala ke depan

  • Warna amber / merah menghala ke belakang

  • Dipasang pada semi treler dan pada kenderaan yang lebar melebihi 2500mm


Lampu Becon



Lampu becon perlulah: 

  • Berfungsi dan berwarna amber sahaja

  • Kenderaan yang diluluskan pemasangan lampu becon melalui pelan kenderaan atau kelulusan daripada JPJKA sahaja. Seperti jadual berikut:




Lampu Belakang 



Lampu belakang mestilah:

  • Berfungsi

  • Dipasang kemas dan tidak longgar / bergoyang

  • Warna merah

  • Terang, tidak pecah dan tidak retak

  • Tidak menyala secara berkelip (blinking)


Lampu Berhenti (Stop Lamp)



Lampu berhenti mestilah:

  • Dipasang kemas dan tidak longgar

  • Menyala dengan tetap semasa menekan brek

  • Warna merah

  • Tidak pecah dan tidak retak


Lampu Brek Ketiga (Third Brake Lamp)




Lampu brek ketiga mestilah:

  • Bagi kenderaan binaan kilang yang mempunyai lampu brek ketiga seperti van, pick-up, MUV dan jip

  • Warna merah

  • Tidak menyala secara berkelip

  • Dipasang di belakang kenderaan di bahagian tengah

  • Beroperasi secara serentak dengan lampu berhenti


Lampu Penunjuk Arah (Direction Indicator)



Lampu penunjuk arah perlulah:

  • Berfungsi dan dipasang dengan kemas dan tidak longgar

  • Tidak retak atau tidak pecah

  • Boleh berfungsi secara berkelip-kelip

  • Warna merah atau amber (Lampu Penunjuk Arah Belakang)

  • Warna putih atau amber (Lampu Penunjuk Arah Hadapan)


Lampu Spotlight 

  • Dipasang di bahagian hadapan sahaja

  • Dipasang kemas, tersusun, tidak retak, tidak pecah dan tidak longgar

  • Tidak menghala ke belakang atau di pasang dibelakang

  • Ketinggian maksima tidak melebihi 1524mm daripada permukaan jalan atau tidak melebihi

  • ketinggian lampu hadapan

  • Boleh berfungsi

  • Warna putih/kuning sahaja

  • Suis tidak dipasang dengan lampu utama


Lampu Reverse

  • Dipasang kemas dan tidak longgar

  • Menyala dengan tetap semasa gear undur

  • Warna putih

  • Tidak pecah dan tidak retak


Pemantul Merah 

  • Dipasang di belakang kenderaan kiri dan kanan

  • Dipasang tidak melebihi 406 mm dari sisi luar kenderaan

  • Dipasang kemas, tidak pecah dan tidak longgar


Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Panduan Pemeriksaan Puspakom, FB Puspakom


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Merisaukan! Kemalangan Meningkat 52 Peratus Tahun Ini!

Baca: Cucu Kehilangan Nenek, Lori Termasuk Laluan Bertentangan

Baca: Nyaris Maut! Lori Kontena Hempap Kereta

Baca: Turun Bukit, Lori Brek Tak Berfungsi

Baca: Hati-Hati Dengan Kenderaan Berat, Tapi Kenapa? Baca Pendedahan PLUS

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY3415

SELANGOR

BSV630

JOHOR

JH3568J

PULAU PINANG

PSH3831

PERAK

APM9147

PAHANG

CFJ3986

KEDAH

KGJ8016

NEGERI SEMBILAN

NEM5768

KOTA KINABALU

SJV1648

KUCHING

QAB103Q

Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-09-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

08-07-2025
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto
Berita Auto

Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028

Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.

10-11-2026
Berita Auto

CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026

CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.

10-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.