ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Seong Hoe Premium Motors Baru Sahaja Dinaiktaraf

Suhana Veru

Kongsi melalui


BMW Group Malaysia meraikan pembukaan rasmi  bilik pameran Seong Hoe Premium Motors dimana beberapa kemudahan di pusat itu telah dinaik taraf baru-baru ini.

Wakil pengedar BMW bertauliah yang paling lama memberi khidmat di Melaka sejak  tahun 1979, akhirnya menerima beberapa penambahbaikan.


Ini bermakna, ia kini mampu memuatkan sejumlah besar kenderaan daripada jenama BMW seperti model-model BMW M, BMW I termasuk kereta MINI.


Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, permintaan ke atas kenderaan premium dilihat semakin meningkat.

“Bagaimanapun, perkembangan positif ini sudah dijangka dimana ia mendorong untuk menaik taraf pusat pengedaran kami.

“Ia berfungsi untuk memastikan para pelanggan dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang sebenar. Kami amat berbesar hati kerana Seong Hoe Premium Motors juga turut berkongsi sentimen ini,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berharap supaya wakil pengedar itu  terus membekalkan standard perkhidmatan bertaraf dunia buat para pelanggan di Melaka.

“Kami yakin bahawa bilik pameran yang diperbaharui ini juga akan diterjemahkan kepada pengalaman yang lebih unggul,” tambahnya.


Untuk makluman, pusat pengedaran yang serba baharu ini dibina di atas keluasan7,100 kaki persegi, dimana ia mampu mempamerkan 10 kenderaan BMW dan tiga kenderaan MINI pada masa yang sama. 

Malah, ruang ini juga didatangkan dengan bilik pameran MINI yang eksklusif di aras mezanin. 

Sementara itu, bagi para pelanggan yang berminat dan ingin melihat kenderaan BMW Premium Selection yang disediakan oleh Seong Hoe Premium Motors, anda boleh mengunjungi fasiliti baharu ini yang terletak berhampiran pusat pengedaran tersebut.


Dalam pada itu, Seong Hoe Premium Motors akan membekalkan pelbagai perkhidmatan seperti Servis BMW gaya hidup BMW, alat ganti tulen, aksesori, perkhidmatan kewangan dan insurans BMW, servis segera, perkhidmatan ambil dan hantar dan bantuan tepi jalan.

Selain itu,  penawaran Servis, gaya hidup dan aksesori bagi jenama MINI turut disediakan. 


Pusat pengedaran ini juga menampilkan fasiliti penyerahan kereta, Isetta Bar, ruang RATC (resepsi di kereta) dan sebuah stesen pengecasan AC/DC BMW, selain akses internet percuma.


Seong Hoe Premium Motors Sdn Bhd yang terletak di Lot 2020, Jalan Semabok, Taman Sinn Semabok, 75050 Melaka dibuka dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang setiap hari dari Isnin hingga Sabtu dan dari jam 10 pagi hingga 3 petang pada hari Ahad serta cuti umum. 

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.bmw-seonghoe.com.my/.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD7483

SELANGOR

BSR1733

JOHOR

JYB4026

PULAU PINANG

PSD3448

PERAK

APJ4287

PAHANG

CFG8765

KEDAH

KGG6718

NEGERI SEMBILAN

NEK7431

KOTA KINABALU

SJS5804

KUCHING

QAB644P

Terakhir Kemas Kini 27 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

08-01-2025
EV

25-10-2024
Kereta Baru

08-10-2024
EV

16-09-2024
EV

20-08-2024
Kereta Baru

01-07-2024
Kereta Baru

21-05-2024
Kereta Baru

21-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.

24-06-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.