MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888

Ada berita baik buat penggemar kereta MINI.
Ini kerana MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.
Kereta kompak elektrik ini cuma hadir dalam satu varian iaitu varian SE dimana ia dijual pada harga RM213,888.
Kehadiran MINI Aceman di pasaran menandakan pengenalan model crossover pertama MINI dalam segmen kereta kecil premium namun menggabungkan dimensi kompak yang cukup selesa dan luas
Hakikatnya, rekaan yang kemas serta gaya yang cukup memukau, MINI Aceman baharu agak menyerlah selain masih mengekalkan warisan ikonik keluarga MINI.
Sama seperti model berspesifikasi Thailand, MINI Aceman SE dikuasakan oleh e-motor tunggal yang dipasang di hadapan yang sama yang digunakan pada Cooper SE baharu.
Dengan adanya satu motor elektrik ia masih mampu menghamburkan kuasa setakat 218 hp (160 kW) dan 330 Nm.
Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.1 saat manakala kelajuan maksimumnya pula ialah 170 km/j.
Mengenai bateri, ia dilengkapi dengan bateri voltan tinggi 54.2 kW dimana ia menawarkan jarak hingga 406 kilometer.
Menyentuh mengenai pengecasan, Aceman SE menyokong pengecasan AC pada 11 kW, manakala pengecasan DC hingga 95 kW, baterinya dapat dicas dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam hanya 30 minit.
Seperti mana Cooper SE baharu, Aceman SE juga hadir dengan mod pemanduan Go-Kart dimana ia meningkatkan daya pecutannya, serta menawarkan kawalan cengkaman yang lebih baik.
Menjengah bahagian hadapannya, ia hadir dengan gril oktagon yang agak besar serta dipadankan dengan bingkai berwarna Vibrant Silver menyebabkan ciri visualnya agak menonjol.
Selain itu,ia juga dilengkapi dengan lampu utama LED yang unik, manakala rekaan bonetnya yang tajam memberikan profil hadapannya kelihatan agresif dan gagah.
Tidak ketinggalan, rim jejari Hexagram bersaiz 19 inci dan pelindung tayar yang menonjolkan sifat sportynya.
Antara kelengkapan lain ialah rel bumbung dan pelindung skid yang bergaya menekankan karakter crossover pengembaraannya.

Di bahagian belakang, ia hadir dengan permukaan horizontal dan lampu belakang LED jenis tegak. Ini sebenarnya mencerminkan gaya klasik MINI yang tidak ketinggalan zaman.
Melangkah ke dalam MINI Aceman baharu, ruang dalamannya cukup minimalis serta ia menekankan ciri keselesaan dan menawarkan teknologi canggih.

Kabinnya dilengkapi dengan paparan skrin sentuh OLED bulat 240mm beresolusi tinggi dikuasakan oleh Sistem Operasi 9 MINI yang baharu.

Antara muka berbentuk bulat ini disepadukan dengan lancar ke dalam papan pemuka, menjadikannya titik tumpuan visual yang menonjol dalam kabin.


Terdapat juga paparan Head-Up MINI yang bertujuan untuk memastikan pemandu kekal fokus di jalan raya dengan memaparkan maklumat penting seperti kelajuan, terus ke garis pandangan mereka.
Dalam pada itu, papan pemuka dan permukaan dalaman lain di dilapisi dengan fabrik kait kitar semula, menggantikan krom dan fabrik kulit terdahulu untuk pendekatan yang lebih mesra alam.
MINI Aceman ini juga hadir dengan Sistem Operasi 9 MINI, ada Mod Pengalaman MINI baharu yang membolehkan pemandu memperibadikan suasana pemanduan dengan pencahayaan ambien, paparan grafik pada papan pemuka.

Aplikasi MINI juga membolehkan fungsi canggih seperti kawalan jauh kenderaan, perancangan perjalanan, dan pemantauan aktiviti pengecasan, untuk memberikan pengalaman pemanduan yang terhubung dan berorientasikan digital.
Terdapat juga Kunci Digital Plus MINI yang mengubah telefon pintar menjadi kunci kenderaan digital selain hadir dengan Sistem bunyi sekeliling Harman Kardon.
Mengenai ciri keselamatan, MINI Aceman baharu dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan pemanduan standard dan pilihan yang direka untuk menjadikan pemanduan harian lebih selamat.

Dari segi dimensi pula, MINI Aceman mempunyai panjang 4,076 mm, lebar 1,754 mm, dan ketinggian 1,515 mm manakala jarak roda pula sepanjang 2,606 mm.
Ini membuatkan Aceman elektrik sedikit kecil berbanding dengan MINI Countryman serba baharu dan lebih besar daripada MINI Cooper tiga pintu,
Dengan dimensi yang lebih besar ini, Aceman menawarkan ruang yang cukup memadai memandangkan ruang butnya juga agak besar iaitu 300 liter namun butnya boleh menjadi lebih luas kepada 1,005 liter jika tempat duduk belakang direbahkan. duduk.
Antara ciri keselamatan terdapat dalam MINI Aceman ialah Amaran Tukar Lorong, Maklumat Had Laju, Amaran Perlanggaran Hadapan, Bantuan Parkir Plus, Kawalan Jarak Parkir Aktif, Kamera Bantuan Undur, dan Paparan Menyeluruh 3D, yang membolehkan pemandu memarkir dan keluar dari ruang parkir dengan mudah.



Bagi yang berminat, MINI Aceman dalam warna Rebel Red dan Indigo Sunset Blue, serta Melting Silver.
MINI Aceman SE yang diimport sepenuhnya (CBU) sudah boeh ditempah bermula hari ini.
Sehubungan itu, MINI turut menawarkan MINI Extended Warranty & Service Package yang berharga RM 7,400. Harga itu juga termasuk dengan waranti standard 2 tahun MINI Malaysia dan program Bantuan Tepi Jalan 5 tahun.
Ini terdiri daripada Bantuan Kemalangan dan Pertolongan 24-Jam, 365 hari setahun melalui panggilan telefon dan bantuan di lokasi, Perkhidmatan Tunda Percuma dan apabila diperlukan (lebih 200km dari rumah kediaman), dan sebenarnya banyak lagi.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.mini.my/en_MY/home.html.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA5520
SELANGOR
BSQ4196
JOHOR
JYX4542
PULAU PINANG
PSC5641
PERAK
APH7468
PAHANG
CFG6247
KEDAH
KGG2432
NEGERI SEMBILAN
NEK5104
KOTA KINABALU
SJS1086
KUCHING
QAB8941N
Terakhir Kemas Kini 29 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama
Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!
15-05-2026
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif
Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
30-04-2026
Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI
Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.
29-04-2025
Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?
BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.
24-02-2025
Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000
MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.
08-10-2024
Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia
Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian.
26-08-2024
Nantikan Kemunculan Model Baharu MINI
Nampaknya, MINI Malaysia bakall melancarkan sebuah model baharu versi elektrik pada bulan ini.
01-07-2024
Tahniah Kepada Semua Pengedar BMW
Lebih 200 tetamu hadir pada majlis Dealer Awards Night yang diadakan di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.
19-06-2024
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
