Sidang Kemuncak G20, Indonesia Sediakan 1,400 EV

Sebahagian EV yang digunakan untuk acara G20.
Bagi menunjukkan komitmen Indonesia ke arah peralihan tenaga, sebanyak 1,400 kenderaan elektrik keluaran syarikat dari China, Wuling Motors digunakan sempena sidang kemuncak negara-negara Kumpulan 20 (G20), lapor akhbar Arab News.
Acara yang sedang berlangsung di Pulau Bali, Indonesia sehingga esok akan menggunakan 962 kenderaan elektrik, 454 motosikal dan 36 bas elektrik untuk membawa para delegasi, wartawan dan anggota keselamatan ke lokasi acara.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Adita Irawati berkata, Indonesia amat serius untuk mengetengahkan tenaga boleh diperbaharui dalam menuju ke arah penggunaan kenderaan elektrik.

“Ia merupakan langkah yang terbaik apabila Indonesia membuat keputusan untuk mempamerkannya kepada dunia pada persidangan G20,” katanya.
Selaku pengerusi G20 tahun ini, Indonesia akan mengendalikan isu pemulihan pandemik pasca-coronavirus, pemulihan potensinya dalam menjadi hab serantau bagi pengeluaran EV dan transformasi digital.
Dalam memenuhi sasaran Indonesia untuk mencapai pelepasan karbon sifar menje¬lang 2060, Indonesia pada Oktober lalu mengumumkan untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 31.89 peratus.
Mengulas lanjut mengenai sasaran itu, Adita berkata, Indonesia juga menetapkan sasaran untuk mempunyai 2 juta EV yang akan membanjiri jalan raya itu nanti menjelang tahun 2025.
"Kami juga telah membangunkan ekosistem untuk kenderaan elektrik, supaya Indonesia bukan sahaja menjadi pasaran atau pengguna kenderaan elektrik, tetapi juga pengeluar kenderaan elektrik, kerana Indonesia mempunyai sumber asli yang mampu menghasilkan komponen untuk kenderaan elektrik,” tambahnya.
Tahukah anda, Indonesia ialah pelombong nikel terbesar di dunia dimana nikel digunakan untuk menghasilkan bateri EV.
Pada bulan Ogos, ia menandatangani perjanjian dengan pengeluar EV terkemuka dunia Tesla untuk produk nikel bernilai AS$5 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat