ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan EV Ora Good Cat Mula Dibuka Bagi Pasaran Malaysia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kenderaan elektrik (EV) yang dipasarkan oleh GWM Malaysia, Ora Good Cat telah membuat kemunculan pertamanya di negara ini semasa Malaysia Motor Expo (MME) yang diadakan baru-baru ini. Sempena acara tersebut, GWM turut merasmikan pembukaan tempahan EV ini untuk pasaran Malaysia.  


Sepanjang acara tiga hari dari 11-13 November 2022 itu berlangsung, orang ramai berpeluang untuk melihat Ora Good Cat dengan lebih dekat dan pandu uji model ini di jalan raya. 


JARAK PERJALANAN EV




Untuk makluman pembaca, EV subkompak terbaharu ini ditawarkan dalam tiga varian namun hanya dua spesifikasi yang telah diumumkan buat masa ini iaitu 400 Pro dan 500 Ultra. 


Varian 400 Pro dibekalkan dengan bateri litium-ion fosfat 47.79 kWh yang memberikan kereta jarak perjalanan bercas penuh sejauh 400 km (NEDC).


Sementara itu varian lebih tinggi, 500 Ultra pula dipasangkan dengan bateri litium-ternari 63.14 kWh dengan jarak perjalanan sejauh 500 km (NEDC). 


KUASA DAN PRESTASI




Kedua-dua varian menggunakan Permanent Magnet Synchronous Motor iaitu motor elektrik tunggal pacuan roda hadapan 105 kW dengan output maksimum 141 hp/210 Nm yang memberikan kereta kemampuan untuk mencapai kelajuan tertinggi 152 km/j. 


Baca: Toyota bZ4X Dilancarkan Di Thailand & Indonesia – Malaysia Tidak Lama Lagi?


Model ini menggunakan sistem suspensi strut (atau topang) MacPherson pada bahagian depan dan suspensi jenis torsion beam di bahagian belakang. Ciri teknikal lain ialah penggunaan sistem stereng elektrik.


DIMENSI



Dari segi dimensi, model ini berkepanjangan 4,235 mm, dengan lebar 1,825 mm, tinggi 1,596 mm dan jarak antara roda 2,650 mm.


HARGA


Harga jualan sebenar model ini masih belum diumumkan, namun dianggarkan ia akan dijual pada harga antara RM140,000 ke RM160,000. Penghantaran kumpulan pertama model ini dijangka akan bermula pada bulan Disember tahun ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai EV Ora Good Cat, boleh kunjungi laman web GWM di gwm.com.my.


Diterjemah/dikemaskini/diolah daripada artikel Making Its Presence Known, The Ora Good Cat EV In Malaysia


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Toyota bZ4X Dilancarkan Di Thailand & Indonesia – Malaysia Tidak Lama Lagi?

Baca: Proton Akan Hasilkan EV, Tunggu 5 Tahun Lagi

Baca: EV Mewah Ini Boleh Capai 800KM! SUV Aehra Diperkenalkan Di Itali

Baca: Jika Menang PRU15, BN Nak Hapuskan Permit AP EV!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

03-02-2026
Kereta Baru

31-10-2025
Berita Auto
Berita Auto
EV

25-01-2024
EV

16-01-2024
EV

15-01-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.