Toyota Prius Cukup Luar Biasa, Boleh Cas Guna Tenaga Solar

Toyota Jepun akhirnya mendedahkan Toyota Prius 2023 generasi kelima semalam yang kini didatangkan dalam dua varian, Plug-in Hybrid (PHEV) dan hibrid HEV.
Untuk makluman anda, jentera ini menerima beberapa penambahbaikan yang agak ketara dan prestasi pemanduannya adalah berkonsepkan Hybrid Reborn.

Ia dihasilkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) generasi kedua. Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia memiliki dua rangkaian trenkuasa iaitu varian PHEV menggabungkan enjin empat silinder Dynamic Force 2.0 liter dan memiliki bateri lithium-ion bagi menghasilkan kuasa 220hp.


Varian ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 6.7 saat.
Apa yang cukup menarik mengenai varian ini ialah ia menawarkan sistem pengecas kedua dimana ia berasaskan solar.
Ini bermakna, ia membantu menukar tenaga solar kepada elektrik dan mampu menghasilkan kuasa pemanduan sejauh 1,250km setiap tahun.
Dalam pada itu, jarak pemanduan menggunakan kuasa elektrik kini 50 peratus lebih tinggi berbanding model lama.

Sementara itu, Toyota Series Parallel Hybrid System pula digandingkan dengan enjin 1.8 liter dan 2.0 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 190hp iaitu 1.6 kali lebih berkuasa berbanding model sebelum ini.

Varian ini pula menampilkan menampilkan sistem pacuan semua roda E-Four. Untuk info, sistem ini memberikan prestasi lebih baik ketika berada pada permukaan jalan geseran rendah dan lebih stabil ketika berada di selekoh.

Dari segi reka bentuknya, ia menampilkan rekaan baharu namun masih mengekalkan siluet signatur monoform Toyota Prius.
Begitupun, jika diamati dengan betul-betul, ia memang saling tidak tumpah seperti model Crown baharu, terutamanya bahagian lampu hadapan LED.
Dikhabarkan, Toyota telah melakukan pembaharuan pada jarak roda jentera ini dimana ia lebih panjang manakala pusat gravitinya lebih rendah.
Ia menggunakan rim aloi bersaiz 19 inci.


Menyentuh mengenai kabin dalamannya, terdapat paparan infotainmen 12.3 inci yang terapung, bumbung panoramik boleh buka penuh, bahagian papan pemukanya dihiasi dengan warna hitam dan aksen warna bertentangan.

Sementara itu, kluster instrumen pula menggunakan sistem amaran bercahaya Toyota, dimana papan pemukanya akan menunjukkan amaran lampu berkelip sebelum mengeluarkan bunyi jika terdapat objek.
Ia juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan kerana dilengkapi dengan Advanced Park yang memudahkan kereta diparkir secara automatik.
Apa yang cukup unik ialah kereta ini boleh dikawal masuk atau keluar parkir sendiri biarpun pemandunya berada di luar kereta.

Terdapat juga kamera monokular depan dan belakang untuk Digital Inner Mirror yang berfungsi sebagai perakam pemanduan dan perekod video dalam kenderaan.
Difahamkan, Model HEV akan dilancarkan pada musim sejuk tahun ini, manakala model PHEV pula dijual pada musim bunga 2023 nantu
Nampaknya Toyota Prius 2023 ini cukup selesa dan sarat dengan teknologi yang canggih.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GIIAS 2024: Toyota Prius Generasi Ke-5 Diperkenalkan – Versi HEV & PHEV
Toyota Prius generasi kelima telah dilancarkan di Indonesia. Apa yang menarik?
18-07-2024
GIIAS 2024: Toyota Prius Generasi Ke-5 Diperkenalkan – Versi HEV & PHEV
Toyota Prius generasi kelima telah dilancarkan di Indonesia. Apa yang menarik?
18-07-2024
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
