ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

3 Remaja Belasan Tahun Maut Selepas Kereta Dibawa Terbabas

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kelajuan yang membawa maut. Dalam satu kejadian yang berlaku di Sungai Petani, Kedah, nyawa tiga anak muda yang baru berusia belasan tahun melayang kereta Honda yang dinaiki terbabas awal pagi semalam. 


Kemalangan pada jam 2.30 pagi di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar -Butterworth itu telah menyebabkan pemandu Honda tersebut, Muhammad Aiman Rusdi, 17, dan dua penumpang, Muhammad Izani Mohd Tuah, 15, Mohd Iman Mohd Akhir, 17 meninggal dunia di tempat kejadian. 


Seorang lagi rakan mereka,  Muhammad Zulhakim Zulkhairi, 17, kini parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan seorang lagi cedera ringan. 


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, semasa kejadian, kereta yang dinaiki mereka dari arah Bakar Arang ke Padang Temusu gagal dikawal sehingga melanggar pembahagi di sebelah kiri jalan. 


"Kereta terbabit dipercayai dipandu laju dengan impak perlanggaran yang kuat menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan serta seorang daripada tiga penumpang belakang maut serta-merta di lokasi.


"Seorang penumpang belakang parah dan dirawat di HSAH, manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan dan hanya calar ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mayat ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Unit Forensik HSAH untuk dibedah siasat bagi memastikan punca kematian.


Kemalangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Sumber: Harian Metro


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.