Awas! Jangan Pandu Lawan Arus, Hukuman Berat Menanti Anda!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi memberi amaran keras kepada orang ramai agar jangan sesekali memandu secara lawan arus kerana anda boleh dikenakan penjara lima tahun dan denda RM5,000.
Amaran itu dikeluarkan di Facebook rasmi PDRM semalam.
Ujarnya, mana-mana pemandu dan penunggang yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Ini kerana tindakan itu bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya malah boleh meragut nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
“Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000,” katanya.
Untuk makluman anda, seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB4913
SELANGOR
BSV4437
JOHOR
JJ4518J
PULAU PINANG
PSH7312
PERAK
APN3794
PAHANG
CFJ5220
KEDAH
KGK1021
NEGERI SEMBILAN
NEM7496
KOTA KINABALU
SJV4306
KUCHING
QAB1560Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman
Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.
02-01-2026
Helikopter Terhempas: 2 Anggota Polis Kritikal
Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
10-07-2025
Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan
Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.
26-05-2025
Viral: Lori Gilis Penunggang Motosikal
Seorang penunggang motosikal digilis dari arah belakang oleh sebuah lori di Persiaran Rajawali – Jalan Angsa, Klang, semalam.
25-05-2025
9 Anggota FRU Maut Angkara Stereng Lori Pasir Rosak
Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir dipercayai menjadi punca kenderaan berat itu merempuh kenderaan trak FRU.
13-05-2025
Lori Sampah Rempuh 3 Rumah, Mujur Tiada Yang Terkorban!
Pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tiga rumah terbabit.
18-12-2024
Polis Pasir Mas Tawar Diskaun Saman Trafik, Bermula 25 Nov Ini
Warga Kelantan jangan lepaskan peluang untuk membayar saman tertunggak,
19-11-2024
Video Tular: Polis Siasat Kereta Pengiring VIP Langgar Kereta Awam
Sebuah kereta Proton Saga kemek teruk gara-gara dirempuh kereta pengiring VIP.
18-11-2024
Berita Terkini
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

