- Berita
- Berita Auto
- Bilik Pameran & Pusat 4S Baharu BMW & MINI, Wheelcorp Premium Bukit Tinggi Kini Dibuka!
Bilik Pameran & Pusat 4S Baharu BMW & MINI, Wheelcorp Premium Bukit Tinggi Kini Dibuka!

Pengedar kereta keluaran BMW dan MINI hari ini telah merasmikan pembukaan pusat pengedaran dan 4S baharu di Klang. Selain perasmian cawangan baharu ini, turut diraikan ialah ulang tahun ke-10 kerjasama antara Wheelcorp Premium dengan BMW Group Malaysia.
Hadir untuk merasmikan pembukaan cawangan baharu di Bukit Tinggi, Klang, ini ialah Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser dan Pengarah Urusan Wheelcorp Premium, Jayden Liew.

Menurut Liew, cawangan kali ini berbeza daripada yang lain kerana ia menawarkan pengalaman unik yang jauh lebih baik kepada para pelanggan, “Ini dapat dilihat daripada susun atur bilik pameran kami yang berkonsep baharu, di mana pejabat sokongan pelanggan telah dialihkan ke tingkat bawah, menjadikannya ‘titik sentuhan’ pertama kami, sementara itu, bilik pameran pula berada di tingkat pertama dalam bangunan enam tingkat ini.”
Bilik Pameran



Berkeluasan 170,00 kaki persegi, Wheelcorp Premium Bukit Tinggi menempatkan ruang pameran sembilan kenderaan bagi model BMW, BMW M dan BMW i. Turut terdapat di sini ialah ruang pameran empat kenderaan untuk jenama MINI, serta ruang khas BMW Premium Selection dan MINI Used Car Next yang boleh memuatkan sehingga 25 kenderaan.
Perkhidmatan

Dari segi perkhidmatan, Wheelcorp Premium Bukit Tinggi menawarkan tidak kurang daripada 20 ruang servis yang boleh memenuhi sehingga 80 janji temu setiap hari. Kali ini, ruang kerja tersebut dilengkapi perkhidmatan lorong laju pandu lalu untuk memudahkan pelanggan yang ingin melakukan penyelenggaraan dan baik pulih semasa dalam perjalanan.
Khidmat jualan, servis, alat ganti dan sistem di Wheelcorp Premium Bukit Tinggi, turut disempurnakan dengan fasiliti pembaikan badan dan cat di pusat pengedaran Setia Alam.
Keselesaan Optimum
Sebagai sebuah Pusat 4S bagi jenama kereta mewah, keselesaan pelanggan sudah pastinya diberikan perhatian. Wheelcorp Premium Bukit Tinggi turut menaik taraf pengalaman pelanggan menerusi ruang NEXTGen Luxury, OGAWA Relaxation Zone dan juga Starbucks di salah satu daripada dua ruang singgah Isetta Bar yang terletak di sini.



Kemudahan lain yang disediakan ialah pembaharuan insurans serta perkhidmatan tukar beli, di samping Resepsi di Kereta (RATC). Untuk koleksi barangan dan aksesori, pelanggan boleh mengambil peluang untuk menelusuri seksyen gaya hidup BMW dan MINI.
Pengecas EV
Wheelcorp Premium Bukit Tinggi juga dilengkapkan dengan pengecas pantas DC 180 kW untuk pengguna EV BMW dan MINI. Pengecas ini boleh digunakan oleh dua kenderaan secara serentak pada kadar 90 kW setiap satu. Selain itu, turut tersedia ialah pengecas AC 11/22 kW yang boleh digunakan oleh orang ramai.



Secara keseluruhannya, BMW Group Malaysia telah menyediakan sejumlah 610 buah fasiliti pengecasan di seluruh negara untuk pemilik EV BMW dan MINI.
Info Pusat 4S Wheelcorp Premium Bukit Tinggi:

Alamat: Lot 142646, Jalan Remia 5/KS 07, Ambang Botanik, 41200 Klang Bandar Diraja, Selangor.
Waktu Operasi: 8:30 pagi - 7:00 malam (Isnin - Sabtu) | 10:00 pagi - 6:00 petang (Ahad)
Laman web: https://bmw-wheelcorppremium.com.my/
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



