Foto Intipan EV BMW i7 Di Jalan Raya Malaysia Tersebar!

Baru-baru ini, terdedah imej-imej intipan yang menunjukkan model EV baharu iaitu BMW i7, bukan sebuah tetapi tiga buah yang dilihat sedang diangkut menaiki sebuah trak di plaza tol NKVE Damansara.
Baca: Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
‘Penampakan’ ini berkemungkinan menjadi petanda bahawa model ini akan dilancarkan secara rasmi di negara kita tidak lama lagi atau mungkin juga menunjukkan penghantaran kepada pelanggan akan dimulakan dalam masa terdekat.

CariCarz.com menerima maklumat bahawa BMW Group Malaysia sebelum ini telah mengadakan sebuah acara tertutup pada awal tahun ini yang mempamerkan model i7 versi pra-produksi kepada beberapa pelanggan tertentu.



BMW i7 ialah sebuah model EV andalan premium yang ditawarkan dalam beberapa varian bermula daripada varian terendah xDrive60. i7 xDrive60 dilengkapkan dengan pek bateri 101.7 kWh yang memberikan kemampuan kepada kereta untuk mencapai jarak perjalanan sehingga kira-kira 625 km (WLTP) dengan cas penuh.

Varian tersebut menggunakan dua motor elektrik – satu pada setiap gandar – melalui sistem pacuan semua roda dengan output maksimum 536 hp/745 Nm. Dari segi kuasa, ia mampu melakukan pecutan abad dalam masa hanya 4.7 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j.
Baca: Rekaan Luaran & Dalaman BMW i7 2023 Terbongkar!
Dari segi rekaan, i7 tampil dengan penggayaan yang menyerupai G70 7-series lain dengan beberapa elemen khas EV seperti aksen biru pada sesetengah bahagian badan kereta.
Sebagai pesaing terdekat bagi Mercedes-Benz EQS 450+ yang dijual pada harga RM698,888 dan berjarak WLTP 631 - 782 km, apa pendapat anda mengenai BMW i7? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
Baca: Rekaan Luaran & Dalaman BMW i7 2023 Terbongkar!
Baca: BMW Dedahkan Butiran Pertama 7 Series Yang Masih Ramai Tak Tahu
Baca: BMW X7 xDrive40i M Sport Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM728K!
Baca: Hanya Imbas Kod QR! Pemilik BMW Boleh Main Game Dalam Kereta Bermula Tahun Depan
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6956
SELANGOR
BSQ2742
JOHOR
JYX1342
PULAU PINANG
PSC4394
PERAK
APH5907
PAHANG
CFG5630
KEDAH
KGG1527
NEGERI SEMBILAN
NEK4601
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 24 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat