- Berita
- Berita Auto
- Gentari-EVC Pengecas EV Pertama Terima Lesen Pengagihan Awam, Caj Ikut Jumlah Kilowatt Bukan Masa
Gentari-EVC Pengecas EV Pertama Terima Lesen Pengagihan Awam, Caj Ikut Jumlah Kilowatt Bukan Masa
-full.jpg)
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad semalam telah melancarkan Stesen Pengecas EV Gentari di Bangi Golf Resort dan juga penyerahan Lesen Pengagihan Awam Sistem Pengecas EV oleh Suruhanjaya Tenaga kepada Syarikat EV Connection Sdn. Bhd.
Jelas Nik Nazmi, Perdana Menteri komited untuk menggiatkan semula ekonomi negara selain meningkatkan kualiti hidup rakyat, sementara Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim akan memberi tumpuan kepada penerokaan bidang atau sumber ekonomi baharu seperti tenaga boleh baharu atau pembangunan rantaian ekonomi hijau.
-full.jpg)
Ini juga selari dengan usaha untuk mengurangkan jejak karbon negara dengan langkah peralihan tenaga dengan tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif 3D iaitu Digitalisation, Decentralisation dan Decarbonisation. Usaha peralihan tenaga ini penting memandangkan sektor ini menyumbang kepada kira-kira 80% daripada jumlah keseluruhan emisi gas rumah kaca negara.
Nik Nazmi turut menjelaskan bahawa usaha peralihan tenaga ini memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak lebih-lebih lagi sektor swasta. Oleh itu, usaha sama antara Syarikat EV Connection Sdn. Berhad dan Syarikat Gentari Sdn. Bhd. untuk membangunkan infrastruktur pengecas EV perlu diperluas bagi mempercepatkan usaha peralihan ke arah EV di Malaysia.
-full.jpg)
Tambahnya lagi, usaha untuk membangunkan pengecas EV di negara ini perlulah berdasarkan piawaian teknikal dan keselamatan yang ditetapkan, Suruhanjaya Tenaga akan menjalankan pemeriksaan berdasarkan Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447). Suruhanjaya Tenaga juga telah menerbitkan “Guide on Electric Vehicle Charging System (EVCS)” sebagai dokumen rujukan kepada semua pihak yang berkepentingan.
Nik Nazmi menegaskan agar kesemua pihak yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur pengecas EV supaya mematuhi panduan yang telah dikeluarkan demi keselamatan awam. Antara yang perlu dilakukan ialah untuk mendapatkan lesen pengagihan awam daripada Suruhanjaya Tenaga sebagai mana yang telah dilakukan oleh Syarikat Gentari Sdn. Bhd. serta EV Connection Sdn. Bhd.
-full.jpg)
Sementara itu, Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari Sdn Bhd, Shah Yang Razalli berkata, “Di Malaysia, infrastruktur pengecasan pantas awam Gentari-EVC ialah satu-satunya perkhidmatan yang menawarkan mekanisme harga setara kilowatt-jam (kWh). Dengan mekanisme ini, pengguna hanya akan dikenakan bayaran bergantung kepada ‘jumlah kilowatt’ yang digunakan berbanding sistem sedia ada di tempat lain iaitu pembayaran berdasarkan tempoh masa yang diperlukan untuk mengecas kenderaan elektrik."
Tambahnya lagi stesen pengecas EV yang terletak di X Park Sunway Serene dan Bangi Golf Resort adalah hab pengecasan pertama di Malaysia yang menerima lesen daripada Suruhanjaya Tenaga.
Kadar pengecasan Gentari kilowatt-hour (kWj) untuk pengecas AC ditetapkan pada RM0.55 per/kW manakala pengecas DC pula berharga RM1 per/kW untuk pengecas 120kW dan RM1.20 per/kW untuk pengecas 350kW.
-full.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat