Porsche Centre JB, Pusat 4S Pertama Di Asia Pasifik

Sime Darby Auto Performance membuka pusat pameran baharu, Porsche Centre di Danga Bay, Johor Bahru baru-baru ini.
Fasiliti tiga tingkat yang dibina di atas keluasan 5,412 meter persegi membawakan konsep seni bina korporat 'Destination Porsche'.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata, perkhidmatan selepas jualan merupakan salah satu keutamaan kami dalam memenuhi permintaan para pemilik Porsche yang semakin meningkat di Malaysia.
“Dengan adanya kemudahan yang serba lengkap, para pemilik boleh terus menikmati kereta Porsche mereka, sementara kami menjaga kereta sport idaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi pelaburan RM28 juta itu, pusat 4S yang pertama di rantau Asia Pasifik ini menggabungkan operasi Jualan, Servis, Alat Ganti serta Pusat Badan & Cat di bawah satu bumbung.

Ini bermakna, Pusat Badan & Cat, Porsche mampu melakukan baik pulih badan kereta serta baik pulih cat berkualiti tinggi yang diperakui.
Selain itu, hanya cat berasaskan air yang dirumuskan oleh Porsche AG digunakan di fasiliti ini sekali gus mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar.

Malah, pusat ini juga dilengkapi dengan ruang pameran, E-Performance, Fitting Lounge, ruang penyerahan, bahagian kenderaan pra-milik bertauliah, simulator perlumbaan e-sukan, titik pengecasan DC 175 kW & AC 22 kW, serta ruang khas Porsche Classic.

Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan servis nasihat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, serta sokongan alat ganti kenderaan klasik yang sudah tiada di pasaran melalui proses perolehan khas.

Porsche Centre ini akan dibuka mulai 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat), 9 pagi – 5 petang (Sabtu) dan Ahad ( 10 pagi – 4 petang).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4776
SELANGOR
BSP6496
JOHOR
JYV9154
PULAU PINANG
PSB9061
PERAK
APH1942
PAHANG
CFG4024
KEDAH
KGF6535
NEGERI SEMBILAN
NEK2996
KOTA KINABALU
SJR7083
KUCHING
QAB7054N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.
05-05-2026
Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini
Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.
05-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?
Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.
05-05-2026
Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan
Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.
05-05-2026
Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik
Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.
05-05-2026
Tiada Lagi Ruang Bersembunyi! 10,000 'Mata' Digital Kini Pantau Penjenayah di KL
10,000 CCTV AI: KL Sasarkan Jenayah Turun 50%.
04-05-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat