- Berita
- Kereta Baru
- Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 Kini Boleh Ditempah Di Malaysia – CKD, Cecah 512 HP, Dari RM728K
Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 Kini Boleh Ditempah Di Malaysia – CKD, Cecah 512 HP, Dari RM728K

Sime Darby Auto Performance (SDAP), wakil rasmi Porsche Malaysia, baru-baru ini melancarkan varian kedua SUV ikonik Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe yang dipasang secara tempatan (CKD). Model yang sebelum ini dihasilkan untuk dieksport ke pasaran Thailand kini turut ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula daripada RM728,000.
Prestasi Hibrid Plug-in Yang Mengagumkan

Dibangunkan berdasarkan Cayenne generasi ketiga (E3) versi facelift, varian ini dikuasakan oleh sistem hibrid plug-in (PHEV) Porsche. Sistem ini menggunakan enjin petrol 3.0 liter V6 turbo kembar dan motor elektrik baharu, menghasilkan output keseluruhan 512 hp (519 ps) dan 750 Nm. Kombinasi ini membolehkan SUV mewah ini membuat pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 4.7 saat, dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 263 km/j.
Dengan cas penuh, bateri dengan kapasiti besar 25.9 kWj mampu memberikan jarak perjalanan elektrik sehingga 90 km, ideal untuk pemanduan harian dalam bandar.
Baca: Xiaomi SU7 Ultra Menggerunkan Porsche Taycan Turbo GT – Hampir 4,000 Unit Ditempah Dalam 10 Minit
Teknologi Suspensi Aktif Porsche

Selain sistem hibrid yang canggih, Cayenne S E-Hybrid Coupe CKD turut dilengkapi Porsche Active Suspension Management (PASM). Sistem ini menggunakan suspensi udara dua chamber dengan dua injap, memberikan keseimbangan antara dinamik pemanduan yang cemerlang dan keselesaan yang optimum.
Reka Bentuk Elegan & Kabin Premium




Dari segi rekaan, SUV ini hadir dengan lampu depan HD Matrix LED, rim 20 inci Cayenne S Design dengan kemasan berwarna kelabu Vesuvius Grey, serta aksen hitam berkilat dan perak yang menambah gaya sporty.




Ruang kabin model ini diberikan sentuhan pakej kemasan Porsche Sport Chrono yang termasuk jam eksklusif Porsche Design, stereng GT Sports, tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan kepada 14 arah dalam balutan kulit hitam atau merah Bordeaux, dan sistem kawalan suhu empat zon dengan penapis udara ion. Untuk keselesaan tambahan, SUV ini juga menawarkan tirai elektrik untuk tingkap belakang.


Cayenne S E-Hybrid Coupe CKD dilengkapi skrin infotainmen utama 12.3 inci, skrin meter digital melengkung 12.6 inci serta skrin infotainmen untuk penumpang belakang sebagai pilihan tambahan. Aspek hiburan model ini disempurnakan lagi dengan kehadiran sistem audio premium Bose.
Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang telah diperbaik. Sistem ini merangkumi teknologi kawalan jelajah adaptif (ACC) dan bantuan parkir dengan pandangan keliling dan sebagainya.
Komitmen Porsche Untuk Malaysia & Rantau Ini


Menurut CEO SDAP, Christopher Hunter, pencapaian ini mencerminkan permintaan tinggi terhadap jenama Porsche di Malaysia.
"Sejak memulakan operasi pemasangan tempatan pada 2022, lebih 1,000 unit Cayenne CKD telah dihantar kepada pelanggan di Malaysia. Ini membuktikan keyakinan pelanggan terhadap jenama Porsche," ujarnya.
Harga Jualan Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe CKD
Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe CKD kini boleh ditempah dengan harga bermula daripada RM728,000 (tidak termasuk insurans dan pilihan tambahan lain). Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi pusat pengedaran Porsche terdekat atau layari laman web rasmi Porsche Malaysia.
Baca: Porsche Macan Elektrik, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Porsche Macan Elektrik, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000
Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) akhirnya melancarkan secara rasminya, SUV Porsche Macan elektrik di ibu negara, hari ini.
30-11-2024
Porsche Taycan 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 7 Varian, Dari RM575,000
Porsche Malaysia, diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP), telah memperkenalkan Porsche Taycan yang telah dikemaskini bagi tahun 2024.
21-06-2024
Porsche Panamera 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Enjin V6 348 HP, Dari RM1.3 Juta
Sime Darby Auto Performance kini telah secara rasminya membawa masuk Porsche Panamera generasi ketiga untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...
03-05-2024
Nak Tempah Porsche Cayenne? Tengok Dulu Harganya.
Tempahan boleh dibuat menerusi mycayenne.online.
09-09-2023
Pusat Porsche Tawar Pengecasan Paling Laju
Empat Pusat Porsche di negara ini mendapat pengecas DC berkembar 175 kW.
10-05-2023
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta
Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.
29-09-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
