Projek ECRL Kelantan Dan Terengganu Diganggu Banjir

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terkesan hampir 70% di Seksyen 1 dan 2 meliputi jarak 82 kilometer bagi jajaran Tunjong ke Setiu, Terengganu ekoran banjir yang berlaku minggu lalu.
Pengurus Pembinaan Seksyen 1 dan 2 Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Mohd Azemi Abdullah berkata, kawasan yang terkesan dengan banjir itu membabitkan kerja awalan seperti membersihkan hutan selain kawasan jajaran yang berada paras rendah.

"Kerja tanah terjejas dengan air hujan (banjir), jadi dari segi kejuruteraan kita tidak dibenarkan buat kerja.
"Namun banjir bukan halangan 100 peratus dan kita tidak mengganggap semua ini sebagai halangan, sebaliknya kita mahu menambah baik produktiviti untuk menggantikan semula apa yang hilang pada masa banjir ini,” katanya.


Kerja-kerja pembinaan bagaimanapun tidak tertangguh dan usaha pembinaan jambatan masih diteruskan.
"Cuma sekiranya berlaku hujan, mereka terpaksa menghentikan operasi kecuali bagi kerja yang berada pada ketinggian melebihi dua meter dari paras tanah asal.
"Sebelum banjir, kita sudah tidak boleh masuk ke tempat rendah kerana digenangi air, oleh itu pada hari kejadian banjir ia dikira kemuncak sehingga kita tidak boleh langsung masuk ke situ,” jelasnya.

Berdasarkan laporan, Kelantan mengalami hujan lebat minggu lalu sehingga menyebabkan banyak kawasan dilanda banjir.
Pada 18 Disember baru-baru ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan hujan 627 mm di Kampung Wakaf Raja, Bukit Yong berdekatan Pasir Puteh, tertinggi sejak tahun 1967.
Sumber: Bernama
Baca: Lesen Rosak Kerana Banjir? JPJ Terengganu Tawar Ganti Secara PERCUMA
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat