Sedan Elektrik, Mercedes-Benz EQE Akan Dilancarkan Di Malaysia 13 Disember Ini!

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) akan melancarkan sedan eksekutif versi elektrik penuh (EV), EQE pada hari Selasa depan, 13 Disember 2022 untuk pasaran Malaysia, sehari sebelum pelancaran Volvo C40 Recharge Pure Electric.
Seperti model EQS, EV ini dibangunkan berlandaskan platform khas kenderaan elektrik iaitu Electric Vehicle Architecture (EVA) berbeza daripada model-model terawal yang dikuasakan petrol iaitu EQA, EQB dan EQC.

Penggunaan platform EV ini menjadikan ruang kabin kereta lebih luas untuk keselesaan optimum memandangkan tiada lagi ruang besar diperlukan untuk meletakkan enjin pembakaran.
EQE mula diperkenalkan tahun lalu dalam satu varian iaitu EQE 350 dengan kuasa 288 hp/530 Nm. Menggunakan bateri lebih kecil berbanding EQS, ia dianggarkan mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 660 km dengan cas penuh (berdasarkan kitaran WLTP). Varian ini boleh dicas dengan AC 22 kW dalam masa 4 jam, dan sekiranya menggunakan pengecas pantas DC 170 kW pula, masa yang diambil hanya kira-kira 33 minit daripada 10-80%. Bergantung kepada pasaran, model ini turut ditawarkan dalam dua versi iaitu 4MATIC dan model bergaya sporty, AMG.

Perincian lain mengenai model EQE terbaharu yang bakal dilancarkan di Malaysia ini masih belum didedahkan, namun ia dianggarkan akan dijual pada harga yang lebih murah daripada EQS 450+ yang berharga RM698,888, tanpa insurans.
Bersempena dengan pelancaran EV terbaharu ini, Mercedes telah membuka laman pendaftaran minat bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat terawal mengenai bilakah jualan Mercedes EQE akan dimulakan di negara ini.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3563
SELANGOR
BSU4652
JOHOR
JF8751J
PULAU PINANG
PSG4908
PERAK
APM3201
PAHANG
CFJ1459
KEDAH
KGJ4879
NEGERI SEMBILAN
NEM3098
KOTA KINABALU
SJU5893
KUCHING
QAB7648P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz C-Class 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Daripada RM288K
Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan C-Class serba baharu untuk tahun 2022.
25-02-2022
Berita Terkini
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge