Mercedes-Benz C-Class 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Daripada RM288K

Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan C-Class serba baharu untuk tahun 2022 dengan harga yang bermula daripada RM 288,334. Dua varian ditawarkan iaitu C 200 Avantgarde Line dan C 300 AMG Line.
Menurut presiden dan ketua pegawai eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien, "C-Class telah menjadi model terlaris kami sehingga hari ini. Sejak awal pengenalannya sebagai 190, lebih daripada 10.5 juta Mercedes-Benz C-Class telah dihantar di seluruh dunia.
Sama juga di Malaysia, pelanggan kami menyukai kenderaan ini kerana kami terus mendefinisikan standard kepada keselesaan dan inovasi untuk sedan bertaraf premium bersaiz sederhana."
ENJIN MERCEDES-BENZ C-CLASS

Varian C 200 dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder 1.5L dengan kuasa kuda 201 hp dan tork 300 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda dengan transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic. Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 7.3 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 246 km/j. Penggunaan bahan apinya berada pada kadar 6.2-6.6L untuk setiap 100 km.
Sementara itu, C 300 pula menggunakan enjin petrol 4 silinder 2.0L dengan kuasa kuda 255 hp dan tork 400 Nm, kuasa disalurkan melalui transmisi yang sama seperti C 200 iaitu transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic. Varian ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 6 saat dengan kelajuan tertinggi 250 km/j. Penggunaan bahan apinya berada pada kadar 6.6-7.0L untuk setiap 100 km.
REKAAN LUARAN MERCEDES-BENZ C-CLASS
-full.jpg)
-full.jpg)
Dari segi rekaan, C 200 ditawarkan dalam kemasan Avantgarde manakala C 300 pula AMG Line. Secara keseluruhannya, C-Class menerima inspirasi rekaan daripada model S-Class dengan lampu depan yang halus dan lampu belakang yang menonjol, namun saiznya lebih dikecilkan.
-full.jpg)
-full.jpg)
Secara spesifik, C 200 menggunakan gril louvre menegak dengan elemen hiasan tambahan pada rekaan louvre, gril dan apron depan yang tampil dalam kemasan berwarna krom. Ciri luaran lain yang membezakan varian ini dengan C 300 ialah penggunaan rim aloi ringan 5 jejarik bersaiz 18 inci.
-full.jpg)
-full.jpg)
C 300 pula menggunakan gril berlian rekaan baharu dengan lambang Mercedes-Benz bintang tiga bucu berwarna krom. Varian ini menggunakan rim aloi ringan multi-jejari AMG bersaiz 19 inci.
Ciri luaran standard untuk kedua-dua varian ialah lampu depan berprestasi tinggi LED, bantuan lampu suluh tinggi adaptif, cermin sisi boleh lipat automatik dan perlindungan bawah badan kereta.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)

Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQL7935
SELANGOR
BSM4765
JOHOR
JYR4672
PULAU PINANG
PRY6433
PERAK
APF2494
PAHANG
CFF2987
KEDAH
KGE3519
NEGERI SEMBILAN
NEJ5180
KOTA KINABALU
SJQ2835
KUCHING
QAB2377N
Terakhir Kemas Kini 13 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.99
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.19
+0.03
Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026
Berita Terkini
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.
10-02-2026
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia
HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.
10-02-2026
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000
OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.
06-02-2026
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000
OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.
06-02-2026
Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok
Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.
06-02-2026
Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*
Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, iaitu Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.
05-02-2026
Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).
05-02-2026
PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800
5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.
04-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

