ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan pihak DRB-Hicom telah mempamerkan sebuah kereta Polestar 2 di pejabatnya baru-baru ini.


Beliau berkata, ia adalah sebuah kereta yang diusahakan oleh Geely, yang merupakan rakan strategik Proton.

“Saya difahamkan dengan sekali cas, ia boleh membuat perjalanan sehingga 400 kilometer. Sekali cas, boleh menggunakan kereta ini seperti biasa. Bagi cas semula pula, hanya kurang dari dua jam diperlukan untuk mendapat 100 peratus bekalan penuh.

“Jika cas gunakan kuasa elektrik di rumah, ianya hanya mengambil masa lebih tujuh jam tetapi sekarang ini tidak susah kerana sudah terdapat 1,000 stesen pengecas kenderaan elektrik di seluruh negara, jadi tidak timbul masalah untuk mengecas kereta di mana sahaja,” katanya di halaman Instagram, Chedetofficial.


Menurutnya, di kebanyakan negara, kerajaan telah memberi insentif kepada pembeli EV. Beliau juga mendapati bahawa EV akan menjadi pilihan kerana kurang menyebabkan pencemaran udara.

"Namun kita perlu ingat walaupun kereta tidak cemarkan udara, bekalan elektrik yang datang dari stesen janakuasa juga mencemarkan udara. Kereta elektrik belum sampai lagi ke tahap bebas pencemaran udara."

"Akhirnya mungkin kita terpaksa guna kereta hidrogen, itupun terdapat juga masalah lain yang perlu diuji dan diselesaikan. Sementara itu, untuk bersihkan iklim dalam bandar, kereta eletrik masih menjadi pilihan,” tambahnya.


Berdasarkan pandangannya, dari segi reka bentuk, kereta ini amat canggih. Kereta ini tiada tempat simpan enjin yang besar, sebaliknya ia dijadikan tempat penyimpan barang.

"Ciri-ciri reka bentuk dalaman juga kemas dan futuristik, di mana segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan ’tablet’. Sudah tidak ada lagi suis atau tombol di dashboard seperti kereta biasa."


“Saya harap pihak Proton dapat majukan projek sebegini supaya satu masa nanti Proton juga dapat keluarkan kereta elektrik sendiri,” ujarnya lagi.


Untuk makluman anda, Polestar 2 dilengkapi dengan bateri 78 kWj. Terdapat dua motor elektrik dimana ia  mampu  menghasilkan kuasa sehingga 408 hp dan 660 Nm.

Jentera ini dikatakan mampu melakukan perjalanan sehingga 500 km dengan hanya sekali cas.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW8734

SELANGOR

BSU7665

JOHOR

JG7584J

PULAU PINANG

PSH1476

PERAK

APM6514

PAHANG

CFJ3150

KEDAH

KGJ6721

NEGERI SEMBILAN

NEM4739

KOTA KINABALU

SJU9077

KUCHING

QAB9209P

Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto
EV

01-02-2023
Berita Auto

21-01-2023
Teknologi

05-01-2023

Berita Terkini

EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.