ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hasil Kerjasama Ini Untuk Beri Inspirasi Kepada Pelajar

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dengan kerjasama Petrosains telah melancarkan program Virtual STEM Series baru-baru ini.

Program ini dianjurkan bagi membangunkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (CARA) untuk melatih kemahiran berfikir secara kreatif dalam kalangan pelajar.


Malah, program yang terdiri daripada dua bahagian ini juga sebenarnya bertujuan untuk menggalakkan golongan pelajar berkongsi pandangan mereka mengenai perancangan tenaga ke arah kehidupan mampan dan selamat.

Lebih menarik, para peserta yang menyertai program itu berpeluang mendengar taklimat daripada pakar mengenai visi tentang masa depan elektrik.

Taklimat ini merangkumi subjek seperti teknologi masa depan, usaha membendung perubahan iklim dan kemampanan hidup.


Bagaimanapun, siri berkenaan yang disusuli dengan program Visi Elektrik Masa Hadapan dan Mobiliti Mampan untuk Hari Esok telah pun bermula pada 15 Februari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM, Sagree Sardien berkata, dalam dunia yang berkembang maju, masa hadapan yang mampan mesti  ditentukan melalui perancangan  tenaga dan pembangunan secara global.

“Keperluan untuk kemajuan teknologi yang mampan kini lebih ke depan berbanding sebelum ini di mana ia akan menentukan perjalanan hidup yang lebih  baik untuk masa hadapan,” katanya.

Menurutnya, dengan masa depan elektrik yang semakin hampir, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Petrosains bagi menjalankan siri tersebut.


Difahamkan program ini akan diakhiri dengan satu peraduan dimana para peserta perlu  menghasilkan prototaip dan membentangkan konsep mereka dalam Ideas Presentation Challenge.

Mereka akan dinilai berdasarkan penyelesaian masalah, kejelasan tentang penyelesaian yang dicadangkan, pengesahan cadangan penyelesaian dengan pengguna, pengesahan cadangan penyelesaian dan penceritaan serta prototaip. 

Setiap pemenang akan menerima piala dan sijil digital. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT1770

SELANGOR

BSN9721

JOHOR

JYU4091

PULAU PINANG

PSB2554

PERAK

APG4835

PAHANG

CFG1470

KEDAH

KGF1819

NEGERI SEMBILAN

NEJ9756

KOTA KINABALU

SJR2749

KUCHING

QAB5236N

Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

08-04-2023
Berita Auto

23-12-2022
Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Dan Hap Seng Star Rasmi Pembukaan Autohaus Di Setia Alam

Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Setia Alam

22-06-2022
Berita Auto

11-05-2022
Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Adakan Anugerah Pengedar Tahunan Terbaik Yang Ke-5

Mercedes-Benz Malaysia telah mengadakan anugerah Pengedar Tahunan Terbaik, dan ini pemenang-pemenangnya...

06-04-2022
Berita Auto

Mercedes-Benz Financial mengumumkan pelan pembiayaan Step Up Agility

Berita baik kepada individu yang sedang mencari kenderaan elektrik (EV) pertama mereka pada tahun ini.

24-03-2022
Berita Auto

Harga Baharu Untuk Barisan Model Kereta Kompak Mercedes-Benz

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan harga terkini untuk model kereta kompak generasi baharunya.

07-03-2022
Berita Auto

Jangan Terperanjat Dengan Harga Maybach S-Class Ini

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan, Mercedes-Maybach S580 di ibu kota, pagi tadi.

01-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026
Berita Auto

Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

MOF tampil memberi penjelasan.

09-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.