ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMW Toyota Motor Lantik Timbalan Pengerusi Baharu, Takashi Obata

Sofea Najmi

Kongsi melalui


UMW Toyota Motor baru-baru ini telah mengumumkan pelantikan Takashi Obata sebagai Timbalan Pengerusi bermula dari 1 Februari 2022.

Obata bakal memimpin UMW Toyota Motor dalam penghasilan inovasi baharu dan penyesuaian syarikat terhadap perubahan semasa membabitkan aspek CASE (Connected cars, Autonomous driving, Shared, and Electric) serta neutrality karbon.

Obata bukanlah orang baharu dalam syarikat Toyota kerana beliau telah berkhidmat dengan pengeluar kereta gergasi, Toyota Motor Corporation selama 30 tahun. Sebelum ini, beliau memegang jawatan yang penting dalam bahagian Perancangan Produk membabitkan pelbagai model kereta Toyota untuk pasaran global. 

Akio Takeyama 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Akio Takeyama yang memegang jawatan ini sebelum saya kerana telah meninggalkan sebuah legasi yang menakjubkan semasa di UMW Toyota Motor. Peranan ini sudah pastinya akan menjadi satu cabaran, namun saya yakin bahawa kita akan dapat mencapai lebih banyak lagi kejayaan pada tahun-tahun akan datang, lebih-lebih lagi dengan adanya sokongan padu daripada kerajaan Malaysia dan juga semua pihak berkepentingan yang lain,” tambahnya lagi.


Kilang Toyota di Bukit Raja


Di bawah pimpinan Akio Takeyama, UMW Toyota Motor telah berjaya mengukir pelbagai peristiwa penting yang termasuklah pembukaan kilang pengeluaran di Bukit Raja yang kini telah diiktiraf sebagai kilang terbaik Toyota dalam aspek kualiti dan produktiviti di rantau Asia; penstrukturan semula rangkaian jualan dan servis di seluruh Malaysia, pengenalan Gazoo Racing dan rampasan semula kedudukan sebagai jenama bukan kebangsaan nombor satu negara selepas enam tahun dan setelah banyak model baharu Toyota diperkenalkan. 





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPH6594

SELANGOR

BSF7842

JOHOR

JYC2995

PULAU PINANG

PRR8947

PERAK

ANX1634

PAHANG

CFC3518

KEDAH

KGB1696

NEGERI SEMBILAN

NEG3447

KOTA KINABALU

SJL4690

KUCHING

QAB5816L

Terakhir Kemas Kini 29 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.07

Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2025

Berita Berkaitan

Pandu Uji

27-06-2025
Global

24-06-2025
Global

14-06-2025
EV

11-06-2025
Global

03-06-2025
Global

23-05-2025
Global

21-05-2025
EV

16-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Hasil kerjasama itu turut menawarkan kelebihan eksklusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan-pemandu Grab yang terus menjana pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut.

29-06-2025
Berita Auto

Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian

Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial.

26-06-2025
Berita Auto

Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan

Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.

26-06-2025
Berita Auto

Proton Meterai Empat Perjanjian Bangunkan Komponen, Dua Lagi Perjanjian Teknikal

Proton memeterai perjanjian dengan beberapa vendornya bagi mempercepatkan penyetempatan komponen bagi model Proton pada masa hadapan.

26-06-2025
Berita Auto

Menteri Pesan Orang Ramai Ambil Gambar Jika Ternampak Pemandu Lori, Bas Pecut Atas Jalan Raya

Menteri Pengangkutan meminta orang ramai merakam gambar sekiranya ternampak pemandu lori atau bas memecut di atas jalan raya.

25-06-2025
Berita Auto

WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini

WTCA mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo .

25-06-2025
Berita Auto
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan

Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .

25-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.