Porsche Anjurkan Pertandingan Unik, Beri Nafas Baharu Kepada Porsche Klasik
![]()
Tahun lalu, Porsche telah menganjurkan sebuah pertandingan baik pulih kereta klasik supaya kembali kepada keadaan asal seperti baru dikeluarkan daripada kilang. Pertandingan yang dianjurkan ini dinamakan Porsche Classic Restoration Competition.
Sebanyak 12 buah Porsche Centre yang bertapak di Kanada mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Cabaran yang perlu dilakukan ialah untuk mengambil mana-mana model Porsche yang diklasifikasikan sebagai model klasik dibaik pulih.

Pengurus selepas jualan nasional Porsche Cars Canada, Rajat Thukral berkata, "Objektif projek ini ialah untuk mempamerkan pengetahuan tentang (model) klasik dan kebolehan untuk melakukan pemulihan oleh Porsche Centres yang terdapat di Kanada.

Model-model yang dibaik pulih dalam pertandingan ini ialah 356 Coupe, Cabriolet dan 911. Projek baik pulih ini bukan sahaja membabitkan kerja tangan tetapi peserta juga perlu mendokumenkan setiap proses dan berkongsi dengan pelbagai saluran media.
Pada penghujung pertandingan, semua penyertaan akan dihantar kpeada Pusat Edaran dan Alat Ganti Porsche yang terletak di Mississauga, Ontario di mana panel hakim akan membuat penilaian.

Kereta akan dinilai daripada pelbagai aspek seperti enjin, kotak gear, sistem ekzos, pendawaian, brek lampu dan badan.
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori, yang mana penilaian bagi model 356 diasingkan daripada model 911, bermakna anugerah akan diberikan bagi kedua-dua siri model.

"Satu perkara yang menyeronokkan kerana ada tiga model 356 digunakan dalam pertandingan. Bukanlah kerja yang mudah untuk memulihkan kenderaan tua, dan semakin tua semakin mencabar. Sebaik anda cuba menggali (teroka), anda tidak mungkin tahu apa yang akan ditemui. Saya kagum dengan apa yang Porsche Centres ini mampu capai," ujar Pengarah Selepas Jualan Porsche Cars Canada.

Model Polar Silver 911 Carrera yang digunakan dalam pertandingan ini pada asalnya dijual kepada Pfaff pada pertengahan tahun 1990-an dengan jarak perbatuan 200,000 km terpapar pada odometer.
Kereta unik lain yang telah melalui proses baik pulih ini ialah 930 Tubro yang telah dicatkan dengan warna biru Paint to Sample daripada Porsche Centre London.

Seterusnya ialah 911 E versi hud panjang daripada tahun 1969 yang telah diberikan sentuhan baru oleh Mark Motors Porsche. Proses pembaikan kereta ini dilakukan dalam tempoh lebih daripada 2,200 jam.
Akhir sekali, 911 Safari yang telah diperbaharui oleh Porsche Centre Vancouver. Model ini kini lengkap dengan lif suspensi dan juga rekaan dalaman bercorak tartan Porsche Exclusive.

Porsche Centre Saskatchewan telah diberi pengiktirafan kerana usaha luar biasa mereka di samping terpilih sebagai pemenang keseluruhan dalam usaha baik pulih 356B tahun 1960.
Sementara itu, untuk 911, pemenangnya ialah Porsche Centre Lauzon kerana hasil kerja menakjubkan yang dibuat ke atas 911 Targa CE (Commemorative Edition) tahun 1986. Ini merupakan sebuah 911 khas bagi meraikan pengeluaran Porsche yang telah mencapai 250,000 unit kereta pada ketika itu.

Porsche Centre North Toronto telah diberikan penghormatan atas usaha dalam kategori pemasaran dan komunikasi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Cars, Marc Ouayoun menyimpulkan, "Pertandingan ini ialah cara untuk kami menunjukkan kemahiran, kualiti dan pengetahuan yang tukang dan juga juruteknik kami miliki, mereka yang telah meletakkan banyak tenaga dan semangat ke dalam projek ini. Bila kami melihat hasilnya, kami hanya mampu berbangga dengan kemahiran luar biasa yang wujud dalam rangkaian Porsche. Terima kasih kepada semua Porsche Centres kerana telah mencipta semula sejarah dengan kereta-kereta ini."

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE481
SELANGOR
BSK9346
JOHOR
JYN524
PULAU PINANG
PRW6382
PERAK
APD4292
PAHANG
CFE4766
KEDAH
KGD4663
NEGERI SEMBILAN
NEH9347
KOTA KINABALU
SJP3243
KUCHING
QAB7536M
Terakhir Kemas Kini 18 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Terkini
Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut
Gara-gara hujan lebat, Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris, Terengganu pula runtuh, semalam.
18-12-2025
Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.
18-12-2025
Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025
Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.
17-12-2025
Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan
Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.
17-12-2025
Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!
JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.
17-12-2025
Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026
Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
16-12-2025
OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!
Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.
16-12-2025
Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan
Denza mencatatkan pencapaian bermakna apabila 1,002 unit Denza D9 telah dihantar kepada pelanggan.
16-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat