Adakah Kerusi Keselamatan Anak Anda Dipasang Dengan Betul?
Seperti sedia maklum, kerajaan telah mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan.
Ia bertujuan untuk menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Sejak pengumuman itu, terdapat pelbagai jenis kerusi khas kanak-kanak yang dijual di Malaysia menyebabkan golongan ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk membeli kerusi keselamatan berkenaan.

Tetapi adakah kerusi keselamatan itu dipasang dengan betul? Ini kerana setiap satu kerusi ada kaedah pemasangan yang tersendiri.


Percaya atau tidak, hampir 90 peratus daripada kerusi khas kanak-kanak di Malaysia tidak dipasang dengan sempurna.
Antara kesilapan utama;
• Tidak dipasang dengan betul atau longgar
• Pemilihan kerusi khas kanak-kanak tidak mengikut usia, berat dan ketinggian anak
• Kerusi khas kanak-kanak dipasang, tetapi tidak dipakai tali pinggang keselamatan dengan betul atau longgar
• Anak anda dipakaikan tali pinggang keselamatan biarpun kerusi khas untuknya tidak dipasang sempurna.
• Tali pinggang keselamatan salah digunakan. Ada sesetengah kerusi khas kanak-kanak yang perlu ditukarkan slot tali keselamatannya apabila anak sudah membesar.
• Masih guna kerusi rosak atau tamat tempoh penggunaannya.
Bagaimanapun, anda jangan bimbang jika masih tidak tahu memasang kerusi kanak-kanak dengan betul.

Ini kerana Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Butik Tateh, Bangi akan mengadakan program Pemeriksaan Pemasangan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak secara percuma.
Info Program:
Tarikh: 25 Jun 2022
Masa: 10 pagi – 3 petang
Lokasi: Butik Tateh Bangi, G-46, Jalan 8/35, Taman Seri Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY5930
SELANGOR
BSQ2476
JOHOR
JYW9747
PULAU PINANG
PSC4159
PERAK
APH5640
PAHANG
CFG5547
KEDAH
KGG1256
NEGERI SEMBILAN
NEK4532
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB7970N
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026
Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang cuti panjang bermula 27 Mei ini.
22-05-2026
Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini
Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!
22-05-2026
Lencongan Jalan Lojing-Gua Musang Sudah Dibuka
Jalan Lojing-Gua Musang Dibuka Jam 5 Petang Ini, JKR Ingatkan Pemandu Kurangkan Had Laju!
21-05-2026
Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu
Rakyat Malaysia Serbu Toyota! Yaris Cross Catat Lebih 2,000 Tempahan Selepas 14 Hari Pelancaran.
21-05-2026
Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari
Nak Cuti Panjang, Ini Tarikh-Tarikh ‘Keras’ Yang Anda Wajib Elak Di Lebuhraya PLUS!
20-05-2026
iCAUR 03 CKD Kini Dipasang Di Shah Alam, Harga Marhaen
Bukan Lagi CBU! SUV EV 'Retro-Kotak' iCAUR 03 Kini Mula Dipasang Di Shah Alam, Harga RM129k!
20-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

