Mercedes-Benz Tawar Program Advanced Modern Apprenticeship
Suhana Veru
17-6-2022
Akademi Latihan Mercedes-Benz sekali lagi menawarkan program perantis Advanced Modern Apprenticeship yang mana permohonannya telah dibuka.
Kesemua permohonan boleh dibuat sehingga 31 Julai ini.
Program yang dianjurkan secara berterusan itu sebenarnya bertujuan untuk memberi peluang kepada anak muda yang menanam cita-cita untuk menjadi jurteknik kereta di syarikat Mercedes-Benz.
Program latihan tiga tahun merangkumi pelbagai sukatan pelajaran yang diluluskan secara global termasuk garis panduan latihan oleh Latihan Global Mercedes-Benz.
Program ini mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
“Kami ingin menjemput dan memanfaatkan bakat anak muda dengan menggalakkan mereka menyertai program Latihan Global Mercedes-Benz kami.
“Ini adalah platform yang hebat untuk kami merekrut, memupuk dan membangunkan bakat yang akan menjadi komponen penting dalam menyampaikan pengalaman runcit mewah yang lancar kepada pelanggan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien.
Pada akhir program, peserta akan menerima pensijilan dalam NDTS Tahap 3, C&G VRQ Tahap 3, Juruteknik Penyelenggaraan Berkelayakan (QMT), Juruteknik Sistem Berkelayakan (QST) / Penasihat Perkhidmatan Berkelayakan (QSA) / Pakar dalam Voltan Tinggi(EHV) namun bergantung kepada pengkhususan yang dipilih.
Mereka juga akan dilengkapkan dengan pelbagai jenis kemahiran termasuk pembentangan, analisis kritis, membuat keputusan, pemikiran sistematik sebagai juruteknik automotif untuk sistem dan teknologi voltan tinggi.
Program berkenaan turut menjamin pekerjaan setelah selesai dengan jaminan minimum gaji pada tahun pertama.
Kursus akan diadakan di Akademi Latihan Kebangsaan Mercedes-Benz di Bandar Kinrara, Puchong.
Permohonan sudah dibuka mulai sekarang hingga 31 Julai 2022.
Individu yang berminat perlu memiliki sekurang-kurangnya 3 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lulus Bahasa Inggeris.
Untuk keterangan lanjut, layari mb4.me/AMA atau e-mel [email protected].
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPB6823
SELANGOR
BSE3819
JOHOR
JXW3362
PULAU PINANG
PRQ2639
PERAK
ANV2504
PAHANG
CFB6374
KEDAH
KGA3928
NEGERI SEMBILAN
NEF6675
KOTA KINABALU
SJK6701
KUCHING
QAB2775L
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025
Berita Terkini
Hati-Hati Beli Minyak Enjin Murah Di TikTok
PDRM berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan perniagaan pembuatan minyak enjin palsu.
30-04-2025
Sebab Banyak Kemalangan, Had Laju Maksimum Di Sekolah Bakal Diwarta Kepada 30KM/J
Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah kepada 30 km/j, tidak lama lagi.
30-04-2025
Malaysia Duduk Tangga Ke-2 Miliki Kenderaan Paling Tinggi Di Asia
Rakyat Malaysia kedua tertinggi di Asia miliki kereta.
30-04-2025
OPS HRA 2025: JPJ Keluarkan 58,596 Saman, Nampaknya Ramai Tak Takut Kena Saman
JPJ telah mengeluarkan 58,596 notis saman Ops HRA 2025, baru-baru ini.
30-04-2025
Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya
Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
30-04-2025
KTMB Dedah Kes Gangguan Seksual Terhadap Penumpang Wanita Turun, Cuma 3 Kes Tahun Lepas
Akta dalam koc wanita, bakal diwujudkan.
29-04-2025
Adik Maut, Abang Parah Volkswagen Langgar Pokok Doa
Seorang pemandu Volkswagen maut, manakala abangnya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar sebatang pokok doa.
29-04-2025
Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025
Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.
29-04-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat