Tiada Lagi Kereta Guna Bahan Api 2035 Nanti, Eropah Lulus Pengharaman Kereta Petrol, Diesel
Sofea Najmi
10-6-2022
Negara-negara Eropah bakal bebas daripada kenderaan yang melepaskan karbon dioksida menjelang 2035. Penggubal undang-undang Eropah secara majoritinya telah menyokong pengharaman kenderaan yang menggunakan minyak diesel dan petrol secara menyeluruh ke arah masa depan yang lebih hijau.
Pengharaman itu dipersetujui dengan sokongan sebanyak 339 undi berbanding 249 undian yang tidak menyokong, sementara 24 ahli parlimen lagi tidak mengundi.
Dengan kelulusan undang-undang ini, Kesatuan Eropah (EU) kini sudah semakin hampir berjaya merealisasikan misi untuk menghentikan emisi karbon secara total daripada kenderaan penumpang dan komersial menjelang 2035. Eropah turut menyokong pengurangan emisi sebanyak 50 peratus daripada van dan 55 peratus daripada kereta menjelang 2030.
Ahli Parlimen Belanda, Jan Huitema, yang juga merupakan salah seorang ahli Renew Europe Group, berpuas hati dengan keputusan undian ini, “Saya gembira kerana Parlimen Eropah telah menyokong matlamat besar ini iaitu untuk mencapai sasaran tahun 2030 dan juga sasaran (bebas karbon) 100 peratus pada tahun 2035, (usaha) yang penting untuk mencapai neutraliti iklim menjelang 2050,” katanya.
Dengan pengharaman kenderaan yang menggunakan bahan api, Ketua Perunding Parlimen Eropah, Jan Huitema, berkata, "Membeli dan memandu kereta sifar pelepasan akan menjadi lebih murah untuk pengguna.”
Baca: Kereta Hibrid Lamborghini Akan Guna E-Bahan Api Selepas Tahun 2030?
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPD3957
SELANGOR
BSE7452
JOHOR
JXX4674
PULAU PINANG
PRQ6532
PERAK
ANV7298
PAHANG
CFB7647
KEDAH
KGA5811
NEGERI SEMBILAN
NEF8764
KOTA KINABALU
SJK9417
KUCHING
QAB3616L
Terakhir Kemas Kini 19 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.77
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.97
-0.03
Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025
Berita Terkini
Kilang Changan Di Thailand: Tinggi Automasi, Jadi Inspirasi AHTV?
Ini penjelasan mengenai kecanggihan teknologi yang digunakan di kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) Changan di Rayong, Thailand.
19-05-2025
Changan Rasmi Pembukaan Kilang NEV Di Thailand – Pertama Di Luar Negara
Syarikat automotif China, Changan Automobile, secara rasmi memulakan pengeluaran di kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) pertamanya di luar negara, terletak di Rayong, Thailand.
18-05-2025
Toyota Tidak Berminat, Neta Auto Bakal Bankrap
Jenama EV dari China, Neta Auto, berdepan kemungkinan muflis.
15-05-2025
Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas
Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.
15-05-2025
Toyota Corolla Cross Facelift 2025 Diperkenalkan Di Eropah
Toyota Eropah secara rasminya menerima Corolla Cross versi facelift 2025, hampir setahun selepas pelancarannya di rantau ASEAN, termasuk Malaysia.
14-05-2025
Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707
Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.
30-04-2025
Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!
Selepas hampir empat tahun berada di pasaran, Ferrari 296 akhirnya menyertai barisan eksklusif model "Speciale".
30-04-2025
Ini Dia Info Chery Tiggo 4 HEV CSH, Enjin 1.5 Liter, Boleh Gerak Lebih 1,000 KM?
Tiggo 4 HEV bakal menembusi pasaran tempatan, tidak lama lagi.
29-04-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat