Toyota Corolla Cross Facelift 2025 Diperkenalkan Di Eropah

Toyota Corolla Cross versi facelift untuk pasaran Eropah
Toyota Eropah secara rasminya menerima Corolla Cross versi facelift 2025 hampir setahun selepas pelancarannya di rantau ASEAN, termasuk Malaysia. Walaupun sedikit lewat, versi untuk pasaran Eropah ini hadir dengan beberapa sentuhan eksklusif yang membezakannya daripada model yang dipasarkan di rantau kita.
Rekaan Lebih 'Futuristik'



Beberapa ciri pada model Eropah tampil berbeza dengan pasaran ASEAN. Sudut yang diberikan sentuhan baharu ialah lampu hadapan, lampu belakang, kemasan belakang dan sebagainya.
Walaupun masih mengekalkan gril berbentuk sarang lebah dengan warna yang sepadan dengan badannya seperti versi ASEAN, versi Eropah tampil berbeza dengan penambahan jalur LED bercahaya yang menghubungkan lampu depan, menyerlahkan gaya yang lebih moden.
Di bahagian belakang, lampu direka semula dengan grafik berbentuk C. Tulisan “Corolla Cross” kini disematkan terus pada kemasan nombor plat, menambah elemen premium. Untuk varian 'High Grade', rim aloi 18 inci dalam rekabentuk jejari berbelah enam.
GR Sport Eropah: Lebih Rendah, Lebih Garang, Lebih Eksklusif



GR Sport
Menariknya, buat kali pertama Corolla Cross di Eropah menerima varian GR Sport, dan rekaan ini berbeza daripada versi ASEAN. Ia lebih menyerupai GR Corolla, dengan jarak kelegaan tanah 10 mm lebih rendah, rim 19 inci jejari Y, serta logo hitam berkilat.
Tambahan menarik termasuk pilihan warna eksklusif baharu iaitu Storm Grey, khas untuk GR Sport.
Baca: [PANDU UJI] Toyota Corolla Cross GR Sport 2023: SUV 'Stylo' Yang Seronok Dipandu
Kabin Lebih Canggih, Konsol Tengah Diperluas


Varian GR Sport (kanan) tampil lebih sporty dengan jahitan benang merah yang kontra di dalam kabin.
Toyota melakukan peningkatan ketara dalam kabin, antaranya konsol tengah baharu lebih lebar, pad pengecas tanpa wayar, port pengecas USB-C, kotak gelongsor kecil untuk simpanan barang serta pemegang cawan dalam rekaan baharu.


Sistem infotainmen turut dipertingkat, dengan skrin sentuh yang memiliki kelajuan operasi 1.5 kali ganda lebih baik, serta sokongan Apple CarPlay serta Android Auto secara terus.


Kabin GR Sport
Bagi varian GR Sport, kabinnya tampil lebih garang dan sporty dengan jahitan benang merah, logo GR pada tempat duduk serta pedal penukar gear GR.
Dua Enjin Hibrid, Kuasa Cecah 194 HP


Eksklusif untuk pasaran Eropah ialah reka bentuk rim yang digunakan. GR Sport tampil menyerlah dengan rim berukuran 19 inci jejari Y.
Untuk Eropah, Corolla Cross ditawarkan dengan dua pilihan enjin hibrid petrol iaitu 1.8 liter dengan kuasa 138 hp (140 ps) dan enjin 2.0 liter dengan kuasa mencecah 194 hp (197 ps).
Varian 2.0L turut hadir dengan sistem pacuan semua roda pintar (i-AWD) hasil gabungan motor elektrik belakang berkuasa 41 hp (42 ps). Satu ciri menarik bagi varian i-AWD ini ialah mod Snow Extra yang meningkatkan kestabilan di permukaan licin.


Varian standard (kiri) hanya didatangkan dengan mod Snow Extra, manakala GR Sport (kanan) diberikan tambahan mod Sport.
Untuk varian GR Sport, ia dilengkapi dengan mod Sport khas yang apabila diaktifkan enjin akan ‘hidup’ pada tahap lebih tinggi walaupun kereta tidak bergerak, menjadikan jentera responsif apabila pedal minyak ditekan.
Jengah ke ruangan foto di bawah untuk melihat dengan lebih terperinci setiap sudut model ini…
Baca: Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Fuhh Permulaan Baik, Toyota Jual 7,528 Kereta Pada Bulan Lalu
UMW Toyota Motor kini merupakan jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia
15-02-2022
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



