Bagai Tahu Ajal Sudah Tiba, Wanita Sempat Rakam Live FB
Bagai tahu ajal sudah tiba!
Itulah yang berlaku ke atas seorang wanita apabila dia sempat membuat FB Live sebelum motosikal yang dibonceng bersama suami dan anaknya dirempuh sebuah Proton X70.
Mangsa yang dikenali sebagai Rina Samo, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebaliknya, suami dan anaknya terselamat namun mereka berdua mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan kaki.
Kejadian berlaku di kilometer 10, Jalan Kunak-Tawau, Sabah, kelmarin.
Insiden itu berlaku apabila motosikal dinaiki tiga beranak itu dirempuh sebuah Proton X70 dari arah belakang.
Difahamkan Proton X70 cuba memotong sebuah lagi kereta di hadapannya namun tidak sempat mengelak motosikal yang dinaiki tiga beranak lalu terus merempuh motosikal mereka.
Rempuhan kuat itu menyebabkan penunggang dan anaknya terpelanting ke bahu jalan manakala mangsa wanita diseret oleh kereta tersebut.
Klip video itu menunjukkan wanita berkenaan sedang merekod perjalanan mereka sebelum tiba-tiba dilanggar dan telefon bimbit itu terjatuh menunjukkan visual awan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPR4714
SELANGOR
BSH5970
JOHOR
JYG3509
PULAU PINANG
PRT7933
PERAK
APB192
PAHANG
CFD4137
KEDAH
KGC1746
NEGERI SEMBILAN
NEG9628
KOTA KINABALU
SJM4925
KUCHING
QAB1253M
Terakhir Kemas Kini 06 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.16
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2025
Berita Terkini
Teaser Proton Saga Generasi Baharu Dipertontonkan – Sah Ada Ciri ADAS!
Proton menayangkan video teaser model Saga generasi terbaru.
05-09-2025
Pos Malaysia Tambah 136 Unit Van Elektrik, Sasar 100% EV Pada Tahun 2030
Pos Malaysia menyerlahkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dengan memperbanyakkan lagi van berkuasa elektrik untuk khidmat penghantaran.
04-09-2025
Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95.
04-09-2025
Harga Minyak Kekal Hingga 10 September Depan
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 4 September hingga 10 September depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
04-09-2025
Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan
HMY secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pasukan Selangor FC atau lebih dikenali sebagai Red Giants.
02-09-2025
GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka
GWM Ora Good Cat GT dalam warna kelabu Aqua Grey mencuri perhatian ramai semasa konvoi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
02-09-2025
Kereta Dilanggar & Anda Tak Bersalah? Boleh Tuntut Insurans Sendiri, NCD Kekal
Pemandu yang tidak bersalah dan memiliki polisi insurans komprehensif kini boleh membuat tuntutan terus kepada syarikat insurans sendiri tanpa perlu menunggu pihak lawan.
02-09-2025
Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya
‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.
01-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat