Harga Yuran Lesen Memandu Naik Bergantung Jenis Lesen
Suhana Veru
2-7-2022
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial yang mendakwa kadar bayaran atau yuran mengambil lesen akan naik bermula 1 Julai lalu.
Ada yang mendakwa harga lesen memandu bagi kereta:
Manual : RM1,792
Automatik: RM2,004
Sementara itu, berdasarkan tangkap layar yang tular di laman sosial, anggaran harga lesen memandu:
Bagaimanapun, calon yang sudah berdaftar sebelum 30 Jun dikatakan akan diberikan harga lama dan tidak dikenakan sebarang caj tambahan.
Buat masa ini, harga bagi lesen ialah RM350 bagi motosikal kelas B, RM900 (B penuh), RM1,150 (kereta manual kelas D) dan RM1,250 bagi kereta transmisi automatik.
Sebaliknya, isu kenaikan bayaran untuk mendapatkan lesen memandu tersebut dikatakan hanya akan berlaku di Sabah.
Bagi mengesahkan perkara itu, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima), Mat Aris Bakar berkata, pihaknya kini dalam perancangan untuk mengemukakan cadangan menaikkan harga bagi mereka yang mahu mendapatkan lesen memandu.
Langkah kenaikan yuran lesen memandu dilihat wajar berikutan kenaikan harga barangan lain .
"Apatah lagi, institut memandu juga perlu menanggung kos tinggi dalam menyediakan kemudahan di premis mereka.
“Penggredan institut memandu bagi memenuhi kriteria dan standard ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga mempengaruhi keputusan cadangan berkenaan,” katanya.
Difahamkan, yuran untuk mendapatkan lesen memandu tidak pernah berubah sejak 10 tahun lalu dan kenaikan harga dilakukan seiring keperluan serta kehendak silibus JPJ pada ketika ini.
Anda jangan risau, katanya, kadar kenaikan harga untuk mendapatkan lesen memandu belum diputuskan dan masih dalam perbincangan bersama berapa pihak berkepentingan.
Jika harga lesen memandu naik, maka tidak hairanlah, lebih ramai yang akan memandu tanpa lesen selepas ini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPD529
SELANGOR
BSE6564
JOHOR
JXX2279
PULAU PINANG
PRQ5685
PERAK
ANV6200
PAHANG
CFB7407
KEDAH
KGA5392
NEGERI SEMBILAN
NEF8405
KOTA KINABALU
SJK8765
KUCHING
QAB3502L
Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.77
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.97
-0.03
Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025
Berita Terkini
200 Unit Honda e:N1 Sudah Ditempah Sejak 15 April
Honda Malaysia mengesahkan bahawa sebanyak 200 unit model BEV pertama, Honda e:N1 sudah ditempah sejak tempahan dibuka pada 15 April lalu.
15-05-2025
C&C Mercedes-Benz Batu Caves Berwajah Baharu – Lebih Canggih & Mesra Pelanggan
Cycle & Carriage (C&C), salah satu pengedar automotif tertua dan terbesar di Malaysia, telah merasmikan semula Pusat 2S Mercedes-Benz Batu Cave.
15-05-2025
Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Bermula 15 Mei
Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga runcit terkini bagi bahan api bermula esok, 15 Mei hingga 21 Mei depan.
14-05-2025
Ketibaan Perodua D668 Ditangguh Sebab EV Perodua
Ketibaan D66B atau ‘Nexis’ ditangguh lagi.
14-05-2025
Kes Langgar Gajah, Kali Ini Di JB-Mersing
Mujur, pasangan suami isteri dan gajah yang dilanggar selamat.
14-05-2025
Kes Anak Gajah Mati Dirempuh Lori: KKR Arah Semak Semula Lokasi Lintasan Hidupan Liar
KKR akan mengarahkan semakan semula supaya tindakan lanjut boleh diambil.
14-05-2025
Operasi inDrive, Maxim Dihentikan: Patuhilah Undang-Undang Malaysia Kalau Nak Operasi!
TPAD kecewa berhubung arahan MOT yang meminta dua penyedia e-hailing antarabangsa, inDrive dan Maxim, menghentikan operasi memandangkan pekerjaan itu adalah punca pendapatan bagi pemandu di luar bandar.
14-05-2025
Suami Isteri Parah: Pemandu Navara Cuma Kena Penjara 30 Hari, Denda RM12K
Sepasang suami isteri parah gara-gara dilanggar pemandu Nissan Navara.
14-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat