Bermula Tahun Ini, Harga Navara Naik Sehingga RM3,500

Sebaik melangkah ke tahun baharu, kebanyakan syarikat automotif dilihat telah mengemas kini senarai harga kereta baharu.
Apa yang pasti, semua model kereta ketika ini, menyaksikan kenaikan harga termasuk Nissan Malaysia.
Terbaharu, Nissan Navara menunjukkan kenaikan harga sehingga RM3,500. Trak pikap ini adalah model import sepenuhnya dari Thailand, dan harganya dilihat semakin mahal gara-gara kenaikan nilai mata wang asing sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan bagi tahun ini, Edaran Tan Chong Motor akan meneruskan jualan enam varian Navara.
Berikut adalah harganya:
• 2.5L Single Cab MT (RM95,600)
• 2.5L SE MT (RM114,600)
• 2.5L SE AT (RM120,600)
• 2.5L V AT (RM130,600)
• 2.5L VL AT (RM142,900)
• Pro-4X AT (RM148,600)
Bagaimanapun jika dibandingkan dengan harga 2022, harga varian 2.5L SE AT dan ke atas tiada sebarang perubahan ketara.
Sebaliknya, varian 2.5L Single Cab MT dan 2.5L SE MT menyaksikan kenaikan sehingga RM3,550.

Untuk makluman, kesemua Navara facelift dijana dengan enjin YD25 2.5 liter turbodiesel namun ia menghamburkan kuasa pada takat berbeza bergantung kepada varian.
Menyentuh mengenai model Nissan yang lain seperti Serena S-Hybrid, SUV X-Trail dan Almera, kesemua harga kereta ini tidak berubah.



Ia mungkin kerana model Nissan ini adalah buatan tempatan dimana ia dihasilkan di kilang Nissan yang terletak di Segambut dan Serendah manakala trak pikap Navara pula dihasilkan di Thailand.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT3086
SELANGOR
BSU3081
JOHOR
JF4396J
PULAU PINANG
PSG2593
PERAK
APM925
PAHANG
CFH9642
KEDAH
KGJ3979
NEGERI SEMBILAN
NEM2253
KOTA KINABALU
SJU4720
KUCHING
QAB7316P
Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge