ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebanyak 10 kenderaan musnah dalam satu kejadian kebakaran di tingkat bawah tanah dua (Basement 2) pusat beli-belah Johor Bahru City Square (JBCC), Johor pada petang Selasa, manakala tiga wanita termasuk seorang warga Singapura dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dalam tempoh masa hanya enam minit.

10 Kenderaan Musnah Terbakar

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba I Suhaimi Jamal mengesahkan sebanyak 10 buah kereta terlibat dalam insiden malang ini.

Hasil pemeriksaan mendapati lapan daripada kenderaan tersebut musnah terbakar antara 80 hingga 90 peratus. Dua lagi kenderaan turut mengalami kerosakan dianggarkan antara 20 hingga 30 peratus.

Tiga Mangsa Alami Sesak Nafas

Dalam pada itu, insiden cemas ini turut mencatatkan mangsa cedera apabila tiga wanita dilaporkan mengalami masalah sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

Mangsa yang terlibat masing-masing berusia 35, 48, dan 57 tahun. Difahamkan, mangsa yang berusia 57 tahun merupakan seorang wanita warga Singapura, manakala mangsa lain turut dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA6371

SELANGOR

BSV3203

JOHOR

JH8465J

PULAU PINANG

PSH5781

PERAK

APN2480

PAHANG

CFJ4752

KEDAH

KGJ9386

NEGERI SEMBILAN

NEM6735

KOTA KINABALU

SJV3102

KUCHING

QAB859Q

Terakhir Kemas Kini 24 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
27,734 Kompaun Dibatalkan! Ini Nasib Sebenar Sistem Kamera ANPR di Pulau Pinang
Berita Auto
MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai

MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai

PEKEMA merancang untuk meneroka pasaran eksport kenderaan terpakai ke Bangladesh dan Pakistan.

23-11-2026
Berita Auto
Ramalan Banjir Kelantan: Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah Antara Risiko Banjir

Ramalan Banjir Kelantan: Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah Antara Risiko Banjir

Empat daerah antara berisiko banjir sepanjang minggu ini.

23-11-2026
Berita Auto
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh

Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh

Zeekr Lounge Dibuka Di PJ: Cas EV 480kW Hanya RM1.20/kWh.

23-11-2026
Berita Auto
Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion

Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion

: Kerajaan memerlukan kira-kira RM400 bilion sekiranya mahu mengambil alih semua lebuh raya bertol di negara ini .

23-11-2026
Berita Auto
10 Unit Pertama GWM ORA 5 Hi2 HEV Diserah, GWM Rawang Dibuka

10 Unit Pertama GWM ORA 5 Hi2 HEV Diserah, GWM Rawang Dibuka

GWM ORA 5 Hi2 HEV Mula Diserah, Jarak 1,100 km RM106.8k.

23-11-2026
Berita Auto
Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh

Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh

Penutupan itu membabitkan Seksyen 84.15 dan hanya lorong dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands.

22-11-2026
Berita Auto
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ

Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ

3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.

20-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.