BMW 3 Series, Ada 3 Varian: 320i, 330i, 330e
![]()
BMW Malaysia melancarkan BMW 3 Series 2023 dalam satu acara berprestij yang diadakan di ibu negara, pagi tadi.
Untuk makluman anda, ia hadir dalam tiga varian itu iaitu BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport dan BMW 330e M Sport.

BMW 320i M Sport dijual pada harga RM283,800, BMW330i M Sport (RM317,800) dan BMW 330e M Sport (RM298,800). Kesemua harga ini melibatkan pakej lanjutan jaminan dan servis tetapi tidak termasuk insurans.

Model pemasangan tempatan itu menampilkan bahagian luaran yang cukup memukau manakala kabin dalamannya pula lebih menumpukan kepada ciri moden.

Kali ini, lampu utama LED menampilkan rekaan baharu kerana agak lebar manakala lampu DRL berbentuk L terbalik.
-full.jpg)
BMW 3 Series 2023 menonjolkan sifat kejantannya dengan imej ikonik selainrekaan luaran yang sporty dan penampilan dinamiknya. Bahagian depan terus dihiasi dengan rekaan “kidney grille” yang baharu.


Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, berkata, penampilan tiga varian BMW 3 Series yang baharu untuk pasaran Malaysia menjanjikan pemanduan yang cukup sempurna.
“Buat masa ini, BMW 3 Series kekal menjadi model terlaris dan pihak kami telah menyerahkan 2,300 kepada pemiliknya pada tahun lalu,” katanya.
Sedikit latar belakang mengenai BMW 3 Series, ia dilihat mempamerkan revolusi dalam inovasi, hadir dengan ruang interior yang serba baharu dan agak moden.

Buat julung kalinya, ia didatangkan bersama BMW Curved Display selain mengekalkan imej sporty yang sinonim dengan BMW 3 Series.
Jentera itu juga menampilkan siluet yang dinamik serta auranya yang tersendiri , manakala reka bentuk hadapan dan belakang yang baharu dilihat lebih ekspresif.

Bagi BMW 320i M Sport, ia memuatkan enjin empat silinder sebaris yang membekalkan maksimum184 kk (135 kW) dan 300 Nm tork, selain mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.4 saat sahaja. Kelajuan maksimumnya pula dihadkan pada paras 235 km/j.
BMW 330i M Sport pula hadir dengan enjin empat silinder sebaris dimana ia menghasilkan kuasa 258 kk (190 kW) dan 400 Nm tork, manakala daya pecutan dari 0 – 100 km/j mencatatkan masa sekitar 5.8 saat sahaja,
Kelajuan varian ini juga dihadkan pada paras 250 km/j. Menyentuh mengenai rangkaian kuasa hibrid ‘plug-in’, BMW 330e M Sport baharu pula mampu menjana output gabungan maksimum berjumlah 292 kk (215 kW) dan tork 420 Nm.
Sementara itu, motor elektriknya mampu menjana 109 kk (80 kW) dan tork 265 Nm sekali gus membolehkan 5.8 saat, dan kelajuan tertingginya dihadkan pada paras 230 km/j.
Sebagai standard, varian-varian BMW 3 Series baharu akan didatangkan dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan.

Menjengah bahagian dalamannya, terdapat termasuk BMW Live Cockpit Professional yang dikuasakan oleh versi Sistem Operasi BMW 8.
Selain itu, paparan maklumatnya bersaiz 12.3-inci dan paparan kawalan skrin sentuh pula 14.9-inci.
Antara kelengkapan lain ialah BMW Intelligent Personal Assistant, operasi skrin sentuh menggunakan slrin paparan kawalan, BMW iDrive Controller dan juga unit kawalan sesentuh dengan akses langsung.
Ia menjadi sebahagian daripada BMW Live Cockpit Professional dan paparan BMW (BMW Head-Up Display).

Tidak ketinggalan ciri digital standard seperti Comfort Access, Pengemaskinian Perisian Jarak Jauh dan BMW ID. Connected Package Professional, yang merangkumi pelbagai perkhidmatan digital seperti Perkhidmatan Jarak Jauh, Apple CarPlay® dan Android Auto TM.

Ia adalah salah satu ciri yang didatangkan secara standard dalam kesemua model BMW mulai 2023.
Dengan aplikasi My BMW, pemandu juga boleh mengakses pelbagai fungsi sokongan yang membentuk sebuah pengalaman mobiliti yang baharu.
Mengenai ciri-ciri keselamatannya pula, ia menampilkan Amaran Tukar Laluan dengan intervensi stering aktif, Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Amaran Perentasan Trafik Belakang, Amaran Perlanggaran Belakang, Info Had Kelajuan dan Bantuan Had Kelajuan manual.

Sementara itu, Sistem Bantuan Parkir pula menampilkan kemudahan Bantuan Parkir, Kawalan Jarak Parkir Aktif (PDC), Bantuan Parkir Lateral dan juga Kamera Bantuan Mengundur.
Turut disertakan secara standard ialah Bantuan Mengundur, yang menyimpan rekod pergerakan hadapan kenderaan yangnterakhir sejauh 50 meter dan ia dapat mengundurkan kenderaan ini dengan pergerakan yang sama jika pemandu inginkan.
Bagi yang berminat untuk membeli jentera ini, pemilik BMW 3 Series dikatakan bakal menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia.
Ia meliputi: waranti tanpa had perbatuan selama lima tahunTanpa Had Perbatuan Program Servis Berjadual percuma, Bantuan Tepi Jalan, Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW, Servis Dalam Talian BMW.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6784
SELANGOR
BSQ2715
JOHOR
JYX1267
PULAU PINANG
PSC4364
PERAK
APH5870
PAHANG
CFG5628
KEDAH
KGG1437
NEGERI SEMBILAN
NEK4596
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 23 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat