BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
Huruf 'L' pada namanya bukan sekadar ‘hiasan’ tetapi membawa maksud Long-Wheelbase (LWB) atau jarak roda yang panjang.
Apakah Perbezaan Antara iX Versi 'L' Dengan Standard?
Varian LWB (kod casis: U12) hadir dengan saiz badan lebih panjang, sebanyak 116 mm berbanding dahulu, dengan jarak roda yang ditambah sebanyak 110 mm. Rekaan kali ini memberikan penumpang belakang ruang kaki tambahan sehingga 81 mm dan lutut 107 mm.

Bukan sekadar ruang, tahapa keselesaan juga diberikan peningkatan yang mana tempat duduk belakang kini menggunakan span yang lebih lembut dan tapak kusyen yang dipanjangkan sebanyak 15 mm untuk sokongan paha yang lebih baik.
Adakah Ruang But Juga Jadi Lebih Besar?
Walaupun kapasiti but standard kekal pada 490 liter, kelebihan varian L ini terserlah apabila tempat duduk belakang dilipat. Jika dibandingkan dengan versi standard yang menawarkan kapasiti but maksimum 1,495 liter, versi L meningkat kepada 1,600 liter. Pintu but masih didatangkan dengan sistem bukaan secara automatik untuk memudahkan urusan menaikkan dan menurunkan barang.
Bagaimana Pula Dengan Prestasi Enjin Dan Jarak Gerak Model Ini?
BMW iX1 eDrive20L berkongsi enjin yang sama dengan model standard. Ia menggunakan unit motor elektrik tunggal pada gandar hadapan (FWD).
- Output: Menghasilkan 204 hp (150 kW) dan tork 250 Nm.
- Pecutan: 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat.
- Jarak Gerak (WLTP): Disebabkan beratnya meningkat sedikit (2,024 kg), jarak perjalanan adalah sekitar 402 hingga 433 km. Sedikit rendah berbanding versi standard, namun masih sangat praktikal untuk kegunaan harian.
Sejauh Mana Kepantasan Pengecasan BMW iX1 LWB Ini?
Pemilik tidak perlu menunggu lama di stesen pengecasan. Spesifikasinya kekal kompetitif untuk standard tahun 2026. Model ini menyokong sistem pengecasan pantas DC sehingga 130 kW. Masa yang diambil untuk dicas dari 10% ke 80% hanyalah 32 minit sahaja. Pengecasan selama 10 minit mampu memberikan jarak perjalanan tambahan sejauh 120 km. Untuk pengecas AC, output yang diterima ialah 11 kW.
Apakah Ciri Mewah Dan Teknologi Menarik Yang Ditawarkan?
Hadir dengan pakej M Sport, iX1 eDrive20L ini nampak cukup garang dengan rim dua warna berukuran 19 inci dalam kemasan Shadowline yang berkilat.



Di bahagian dalam, kemewahan BMW tetap terpancar:
- Kabin Sporty: Stereng kulit M, kemasan aluminiu dan tempat duduk kulit Veganza rona merah (Castanea).
- Teknologi Pintar: Paparan digital melengkung, pemanduan separa autonomi Tahap 2+, papar pandu (HUD) dan sistem audio Harman Kardon 205 watt.
- Ciri Menarik Lain: Dilengkapi dengan Panoramic Skyroof yang membuatkan kabin terasa lebih lapang.
Berapakah Harga Jualan BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026?
Model ini diimport sepenuhnya (CBU) dan ditawarkan dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu Mineral White, Brooklyn Grey, Skyscraper Grey dan Carbon Black. Untuk harga jualannya, dianggarkan bermula dari serendah RM255,000 (tidak termasuk pakej BMW Service & Repair Inclusive [BSRI]).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW iX1 eDrive20 M Sport Kini di Malaysia – Hingga 475KM Satu Cas, Dari RM249,800
BMW Group Malaysia memperkenalkan crossover elektrik mewah, BMW iX1 eDrive20 M Sport. Ini spesifikasinya...
01-05-2024
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Berita Terkini
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat









