- Berita
- Berita Auto
- BMW M2 2023 Kini Mendarat Di Malaysia – 454HP, Pakej Pro Ditawarkan, Harga Dari RM598K
BMW M2 2023 Kini Mendarat Di Malaysia – 454HP, Pakej Pro Ditawarkan, Harga Dari RM598K

BMW Malaysia telah melancarkan BMW M2 generasi kedua serba baharu secara rasmi. Pra-tempahan kini boleh dibuat secara dalam talian. Dua varian M2 yang ditawarkan iaitu versi standard dan Pro Package dengan harga bermula daripada RM598,800.

Diperkenalkan buat pertama kalinya semasa ulang tahun BMW M yang ke-50 pada Oktober 2022, M2 generasi terbaharu ini dikuasakan oleh enjin M TwinPower Turbo enam sebaris 3.0L yang memberi output 454 hp/550 Nm. M2 Malaysia walau bagaimanapun tidak menggunakan transmisi manual 6-kelajuan seperti yang digunakan di luar negara tetapi sebaliknya transmisi automatik Steptronic Sport 8-kelajuan.
Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui Active M Differential yang dapat menggerakkan M2 daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 4.1 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. Masih tidak cukup laju? Pakej M Driver membolehkan anda memecut kereta sehingga mencapai kelajuan tertinggi 285 km/j!

M2 kali ini turut didatangkan dengan pelbagai lagi elemen prestasi M yang lain seperti sistem suspensi M adaptif, pendakap khas M, angkup brek M 6-piston dalam kemasan biru. Kesemua bahagian ini berfungsi bersama-sama dengan sistem kawalan kestabilan dinamik (DSC) dan sistem kawalan cengkaman M, kesemua sistem ini dikawal melalui M Drive Professional yang memberikan pemandu akses kepada pelbagai mod pemanduan.



REKA BENTUK BMW M2 2023
Dari segi dimensi, M2 berukuran 4,580 mm panjang, 1,887 mm lebar – kira-kira 119 mm lebih panjang dan 16 mm lebih lebar berbanding model sebelumnya. Fascia hadapan didominasi oleh gril dalam reka bentuk ‘buah pinggang’ signatur BMW yang tampil lebih besar. Gril ini diapit oleh lampu depan LED adaptif yang lebih bulat dan kompak.

Bergerak ke bahagian belakang, M2 dipasangkan dengan ekzos quad, bampar baharu serta lingkungan roda yang lebih besar untuk memberikan visual kereta yang lebih ‘berotot’ dan lebar.

M2 versi standard menggunakan rim aloi ringan M dalam kemasan dua tona 930 Bicolour, bersaiz 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang.
M2 Pro Package turut ditawarkan kepada mereka ingin tampil lebih bergaya (dan ‘layan’ prestasi lebih hebat) yang mana kereta akan dipasangkan dengan M Compound Brake berprestasi tinggi (angkup merah berkilat). Selain itu, dengan pakej ini M2 akan menggunakan M Carbon Roof dan kemasan M Lights Shadowline untuk beberapa bahagian luaran kereta. Rim yang diberikan melalui pakej ini ialah aloi ringan M jejari dua 19 dan 20 inci dalam rona hitam 930 M.
KABIN BMW M2 2023
-full-full_normal.jpg)


Bergerak ke bahagian dalam, M2 dimuatkan dengan BMW Live Cockpit Professional yang meliputi kluster paparan berlengkung BMW yang terdiri daripada instrumen digital 12.3 inci dan infotainmen 14.9 inci. Semuanya hadir dengan paparan khas M dan menggunakan sistem BMW M iDrive terkini.
-full-full_normal.jpg)
Sistem infotainmen ini dikuasakan oleh BMW OS8 yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri ketersambungan lain ialah Intelligent Emergency Call, Teleservices, ConnectedDrive Services dan sebagainya.

Kesemua pemandu dan penumpang menggunakan tempat duduk M Sport. Ciri standard M lain ialah stereng (dengan pedal penukar gear) dalam balutan kulit sporty M, perehat kepala M Anthracite, kemasan dalaman Aluminium Rhombicle Anthracite M dan butang mod M pada konsol tengah.


Bagi varian Pro Package, M2 dilengkapkan dengan ciri tambahan lain seperti tali pinggang khas M, kemasan gentian karbon M, dan sistem audio Harman Kardon.
CIRI KESELAMATAN BMW M2 2023
M2 dihadirkan dengan pelbagai sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) termasuk kawalan jelajah adaptif, amaran keluar lorong, amaran tukar lorong, amaran pelanggaran hadapan dengan intervensi brek, amaran lintasan trafik belakang, bantuan parkir dan sebagainya.
WARNA BMW M2 2023
M2 ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Zandvoort Blue, Alpine White, Brooklyn Grey, Black Sapphire dan Toronto Red. Pelanggan boleh memilih tiga kemasan berbeza untuk upholsteri kabin yang terdiri daripada balutan kulit Vernasca hitam dengan highlight eksklusif, balutan kulit Vernasca hitam dengan jahitan berwarna kontra biru dan balutan kulit Vernasca Cognac dengan jahitan decor.




-1-full-full_normal.jpg)
HARGA BMW M2 2023
BMW M2 2023 ditawarkan pada harga yang bermula dari RM598,800 (standard), sementara model Pro Package berharga RM642,800. Pembelian adalah termasuk jaminan lanjutan selama 5 tahun dan pakej servis. Pra-tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang BMW Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL8015
SELANGOR
BSS9814
JOHOR
JC7067J
PULAU PINANG
PSE8513
PERAK
APK7857
PAHANG
CFH4930
KEDAH
KGH6349
NEGERI SEMBILAN
NEL4984
KOTA KINABALU
SJT6099
KUCHING
QAB4256P
Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia
BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
15-01-2026
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Berita Terkini
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
PGA Terima 375 E-Bike JEBATT F29 Kawal Sempadan
Zaman Motor Polis 'Vroom-Vroom' Dah Lepas, Tak Sempat Dengar Tahu-Tahu Dah Kena Kepung! PDRM Kini Guna Jebatt F29.
20-08-2026
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat