BMW Malaysia Umum Harga Terkini Tahun 2023: EV iX Kini Naik RM24K, M3 Naik RM30K

BMW Malaysia telah mengeluarkan senarai harga rasmi yang terbaharu bagi tahun 2023 dengan kenaikan sehingga RM30,000. Sebelum ini, BMW Group Malaysia pernah mengumumkan jangkaan kenaikan sehingga 6.3% bagi pelbagai model kereta BMW dan MINI.

Bermula dengan EV terlaris BMW, iX, harga jualannya meningkat sehingga RM24,000 bagi varian asas xDrive40, menjadikan harga terkininya RM385,430 atau kira-kira 6.64% lebih tinggi berbanding tahun lalu (RM361,430). Varian pertengahan xDrive40 Sport pula kini dijual pada harga RM407,430 berbanding RM429,430 tahun lalu. Harga bagi varian xDrive50 yang baru dilancarkan pula kekal sama.

Masih lagi dalam segmen EV, kedua-dua varian i4 eDrive 40 M Sport dan M50 kini dijual pada harga lebih tinggi, masing-masing ditawarkan pada harga RM384,210 dan RM430,210.

SUV keluaran BMW juga kini menyaksikan kenaikan harga yang mana model X3 dinaikkan sehingga RM7,610, model X6 sehingga RM870, dan model X4 xDrive30i M Sport pula menunjukkan kenaikan tertinggi dalam barisan kenderaan X dengan kenaikan sebanyak RM12,610.


Untuk barisan kereta prestasi, M5 dan M5 Competition kini dijual pada harga lebih RM450 berbanding tahun lalu, manakala M3 Competition pula meningkat sehingga RM30,130 – kenaikan tertinggi berbanding kereta BMW yang lain.

Selain itu, model seperti 1 Series M135i xDrive, 2 Series 218i Gran Coupe M Sport, 5 Series 530i M Sport, 6 Series 630i GT M Sport, serta Z4 convertible turut dijual pada harga lebih tinggi tahun ini.


Namun begitu, bukan semua model menunjukkan peningkatan harga kerana sesetengah model hibrid plug-in (PHEV) kini dijual pada harga lebih rendah berbanding tahun lalu. Ini termasuk X5 xDrive45e M Sport dan 5 Series 530e M Sport yang masing-masing diturunkan harga sebanyak RM130 dan RM1,067. Selain itu, 8 Series M850i xDrive MY Edition gran coupe pula mencatatkan penurunan harga yang tertinggi iaitu sehingga RM15,060, dengan harga jualan terbaharu RM1,057,640.
Seperti jenama lain, kenaikan harga ini disebabkan oleh peningkatan kos pengeluaran, inflasi global dan juga kejatuhan nilai mata wang.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad pernah memaklumkan kenaikan akan berlaku disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan global kerana pelbagai konflik yang tercetus dan juga ekoran pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF2478
SELANGOR
BSR4438
JOHOR
J2475J
PULAU PINANG
PSD5978
PERAK
APJ6520
PAHANG
CFH648
KEDAH
KGG8975
NEGERI SEMBILAN
NEK8437
KOTA KINABALU
SJS9016
KUCHING
QAB1607P
Terakhir Kemas Kini 08 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
Berita Terkini
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama: Tawar Rebat Hingga RM36,000
Setahun Di Malaysia, Hyundai Manjakan Pelanggan Dengan Kempen 'Durian Runtuh Berganda-ganda'.
07-07-2026
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Kes Pandu Melulu Naik 50%: Ini 3 Negeri Yang ‘Juara’ Carta Road Rage
Makin Ramai Pemandu ‘Gila’ Di Jalan Raya? JSPT Dedah Statistik Mengejutkan Enam Bulan Pertama!
07-07-2026
Bukan Kereta Rasmi Baharu PM: Misteri BMW 7 Series Protection Versi Kalis Peluru Dinaiki PM Terjawab
Kereta yang dinaiki PM menjadi bualan hangat.
07-07-2026
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Tol Rawang & Federal Highway Dilanda Banjir
Kejadian banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang.
06-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat