ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga 3 Model Toyota Ini Naik Dari RM2K Ke RM10K Bagi Tahun 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Toyota baru sahaja mengumumkan senarai harga baharu bagi beberapa model kenderaan iaitu Corolla Altis, Camry dan Corolla Cross. 


Kedua-dua varian bagi Corolla Altis iaitu 1.8 E dan 1.8 G memperlihatkan kenaikan sekitar RM4,000 sementara sedan Camry 2.5 V pula meningkat sebanyak RM10,000 berbanding harga sebelum ini. Turut naik ialah harga bagi Corolla Cross yang meningkat sehingga RM2,971. 




Ini bermakna, harga bagi Toyota Corolla Altis 2023 kini bermula daripada RM134,888 bagi varian 1.8 E dan RM145,888 bagi varian 1.8 G. Toyota Camry 2023 2.15 V pula kini dijual pada harga RM219,888. 




Sementara itu, Toyota Corolla Cross 2023 varian 1.8 G kini berharga  RM130,400 (peningkatan sebanyak RM2,097) dan varian 1.8 V pula kini RM137,400 (peningkatan sebanyak RM2,971), manakala Corolla Cross Hybrid pula kini dijual pada harga RM142,000, kira-kira RM2,009 lebih tinggi berbanding tahun lalu. 


Kenaikan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh nilai matawang Ringgit yang semakin lemah dan juga pelbagai faktor luaran lain seperti inflasi. Untuk makluman pembaca, ketiga-tiga model yang dinyatakan adalah model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand. 


Sebelum ini, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad pernah memaklumkan kenaikan akan berlaku disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan global kerana pelbagai konflik yang tercetus dan juga ekoran pemulihan ekonomi pasca pandemik. 


Kenaikan harga kereta ini walau bagaimanapun tidak memberi kesan kepada spesifikasi kenderaan.


Baca: Apa Rahsia Toyota Corolla Sampai Mampu Jual 50 Juta Unit Di Seluruh Dunia, Ini Jawapannya!

Baca: Toyota Bolot 5 Anugerah Grand Pix Asean NCAP KE-4

Baca: Toyota Umum 3 Model GR Akan Dilancar Pada Tahun Depan

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6845

SELANGOR

BSU3764

JOHOR

JF6065J

PULAU PINANG

PSG3794

PERAK

APM1960

PAHANG

CFJ647

KEDAH

KGJ4457

NEGERI SEMBILAN

NEM2595

KOTA KINABALU

SJU5267

KUCHING

QAB7463P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.