Honda Berjaya Atasi Sasaran Jualan Tahun 2022

Honda Malaysia membuktikan kedudukan sebagai peneraju pasaran bagi segmen kenderaan bukan nasional untuk tahun 2022, apabila mencatatkan jumlah jualan melebihi 80,200 unit pada tahun lalu.
Rekod itu membuatkan syarikat itu akhirnya berjaya melepasi sasaran jualannya iaitu 80,000 unit.
Apa yang cukup membanggakan ialah jumlah jualan Honda menyaksikan peningkatan sebanyak 51 peratus berbanding tahun sebelum ini.
-full.jpg)

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, tahun 2022 merupakan tahun yang sangat mencabar.
Ia berikutan mengenai kekurangan bekalan cip dan bencana banjir yang memberi kesan kepada pengeluaran kereta.
“Di sebalik cabaran itu, kami berjaya melepasi sasaran jualan kami dengan sokongan padu daripada semua pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan.
Di atas pencapaian yang cukup memberangsangkan, beliau berkata, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat para pelanggan dan pengedar atas sokongan yang padu, serta kerajaan Malaysia yang melanjutkan tempoh pengecualian cukai.

Prestasi jualan pada tahun lalu dilihat agak cemerlang kerana pelancaran Honda Civic pada Januari 2022, manakala ketibaan HR-V pada bulan Julai telah berjaya menaikkan aras dalam segmen SUV kompak.

HR-V juga merupakan salah satu daripada tiga penyumbang terbesar kepada jumlah jualan pada 2022.
Untuk makluman, model terlaris Honda pada 2022 ialah City, yang menyumbang sebanyak 36 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan.

Sementara itu, City Hatchback dan HR-V juga merupakan tiga model berprestasi cemerlang dengan 20 peratus dan 14 peratus daripada jumlah jualan.
Bagi rekod Wilayah Tengah pula, ia menjadi penyumbang jualan terbesar dengan 51 peratus, disusuli dengan Selatan dan Utara dengan masing-masing 19 peratus dan 17 peratus.
Bagi tahun ini, Honda Malaysia cukup optimis bahawa ia akan menjadi satu lagi tahun yang menarik dan bakal menyaksikan persaingan yang sihat dalam industri automotif tempatan.

Malah, biarpun harga kebanyakan model kenderaan meningkat seperti yang dijangkakan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) namun buat masa ini, harga kereta Honda dijamin tidak akan naik.
Perkara itu diakui oleh jurucakap bahagian pengurusan kanan Honda Malaysia.
Menurutnya, walaupun situasi semasa mencabar, Honda Malaysia masih mengekalkan harga keretanya setakat ini.

"Keutamaan kami adalah untuk terus menyediakan produk berkualiti tinggi dan membuat penyerahan kepada pelanggan tepat pada masanya," katanya.
Menyentuh mengenai penghantaran kereta Honda, jurucakapnya mengakui masa penghantaran kereta kepada para pembeli sudah kembali seperti biasa.

Syarikat itu kini sedang berusaha untuk melakukan penghantaran kereta sekurang-kurangnya 80 peratus sebaik tempahan diterima ketika kerajaan menawarkan tempoh pengecualian Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST).
“Namun disebabkan bilangan tempahan yang agak banyak selain kekurangan bekalan cip yang berterusan, sesetengah model akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihantar kepada para pelanggan,” jelasnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini
Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge