Hyundai Palisade LX2 PE 2023 Dilancarkan – 2.2L Diesel & 3.8L Petrol, Dari RM369K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini telah melancarkan SUV mewah, Hyundai Palisade LX2 facelift 2023 yang kini telah diperbaharui dengan pelbagai ciri premium dalam segenap aspek. Empat varian ditawarkan dengan harga yang bermula daripada RM368,888.00.
SUV yang diberikan nafas segar ini membuat penampilan global pertamanya pada April tahun lalu sebelum memasuki pasaran terdekat, Indonesia, pada bulan Ogos tahun yang sama.
PRESTASI HYUNDAI PALISADE LX2 FACELIFT 2023
Hyundai Palisade LX2 facelift 2023 ditawarkan dalam empat varian dengan dua pilihan trenkuasa iaitu enjin turbodiesel CRDi 4-silinder 2.2L dan petrol V6 aspirasi natural Lambda II 3.8L. Kedua-dua enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

Varian turbodiesel memiliki output maksimum 197 hp/440 Nm yang membolehkan jentera melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 10.2 saat. Sementara itu, varian yang menggunakan enjin petrol V6 memiliki output 291 hp/355 Nm yang membolehkannya memecut daripada 0-100 km/j dengan lebih pantas iaitu dalam masa hanya 7.8 saat.
Versi petrol hadir dengan sistem pacuan semua roda (FWD) sementara diesel pula dengan sistem pacuan semua roda (AWD) HTRAC Hyundai.

Sistem AWD HTRAC ini membolehkan jentera dilengkapkan dengan empat mod pemanduan – Comfort, Eco, Sport dan Smart serta tiga mod rupa bumi (terrain) – Snow, Mud dan Sand. Kesemua mod ini boleh ditukar melalui kawalan Drive/Terrain Mode yang terletak pada konsol tengah di bawah butang kawalan iklim.
LUARAN HYUNDAI PALISADE LX2 FACELIFT 2023



Dari segi luaran, Hyundai Palisade facelift 2023 ini hadir dengan fascia hadapan baharu yang kini menggunakan kemasan krom yang lebih gelap dalam bentuk yang lebih moden. Begitu juga dengan bahagian bamparnya yang tidak lagi menggunakan kemasan krom cerah, kerana kini ditukarkan kepada kemasan yang berwarna lebih gelap.



Gril besar ini diapit oleh sepasang lampu hadapan LED yang mana jalur lampur DRL kini digerakkan keluar. Bergerak ke bahagian belakang, dapat dilihat bampar dalam rekaan baharu dengan peresap (diffuser) faux dalam kemasan krom gelap. Untuk lampu belakang, model diesel menggunakan kombinasi LED dan halogen sementara petrol pula lampu jenis LED sepenuhnya.

Pada bahagian rim, semua varian Palisade dipasangkan dengan rim aloi 20 inci multi-spoke dalam dua rona.
KABIN HYUNDAI PALISADE LX2 FACELIFT 2023



Perubahan paling ketara untuk Palisade versi facelift ini ialah paparan infotainmennya yang kini lebih besar bersaiz 12.3 inci sesuai untuknya sebagai sebuah jentera gergasi. Sistem ini hadir dengan fungsi sambungan Apple CarPlay dan Android Auto melalui USB. Selain itu, terdapat pad pengecas tanpa wayar pada konsol tengah di sebelah tempat letak dua cawan dan port pengecas.



Mengenai port pengecasnnya, secara keseluruhannya, Palisade memiliki enam port USB-C, dua untuk setiap barisan tempat duduk.


Untuk pemandu, kini terdapat stereng berbalut kulit dalam reka bentuk baharu, pada stereng ini terdapat butang kawalan.



Sebagai sebuah model yang banyak digunakan golongan diraja, sudah semestinya ruang kabin Palisade diberikan sentuhan mewah misalnya dengan pemasangan lampu ambien LED yang mana warna cahayanya boleh ditukar melalui sistem infotainmen. Selain itu, model ini turut didatangkan dengan ciri paparan-di-kepala (HUD) yang memaparkan informasi pemanduan penting pada cermin hadapan.
CIRI KESELAMATAN HYUNDAI PALISADE LX2 FACELIFT 2023
Sebagai SUV flagship Hyundai, Palisade versi facelift kini didatangkan dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Hyundai Smart Sense yang lengkap untuk kesemua varian petrol dan diesel. Pakej keselamatan ini adalah termasuk kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi henti/mula, bantuan mengelak-pelanggaran titik buta (BCA), bantuan mengelak-pelanggaran lintasan trafik belakang (RCCA), bantuan kekal lorong (LKA), bantuan ikut lorong (LFA), bantuan mengelak pelanggaran hadapan (FCA), amaran permulaan pergerakan kenderaan hadapan (LVDA), amaran keluar dengan selamat (SEA) dan sebagainya.
WARNA HYUNDAI PALISADE LX2 FACELIFT 2023

Model ini ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu:
Creamy White Pearl
Shimmering Silver Metallic
Gaia Brown Pearl
Abyss Black Pearl
Moonlight Blue Pear
Graphite Gray Metallic
Tanpa mengira warna badan jentera yang dipilih, pelanggan boleh memilih mana-mana warna kabin yang diinginkan yang terdiri daripada:
Black Monotone Leather and Cloth
Burgundy Nappa Leather with Cloth
Warm Grey Nappa Leather with Layered Wood veneer
HARGA HYUNDAI PALISADE LX2 FACELIFT 2023

Empat varian ditawarkan, iaitu Palisade Executive versi 8 tempat duduk diesel (RM368,888.00), Palisade Executive versi 8 tempat duduk petrol (RM378,000.00), Palisade Luxury versi 7 tempat duduk diesel (RM389,888.00) dan Palisade Luxury versi 7 tempat duduk petrol (RM399,888.00), harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans.
Pembelian adalah termasuk jaminan standard selama 24 bulan/50,000 km atau jaminan lanjutan 60 bulan/300,000 km, mana yang tiba dahulu.
Apa pendapat anda mengenai SUV Palisade kali ini? Adakah terlalu ‘gah’ untuk kegunaan harian anda atau sememangnya sebuah jentera yang sempurna untuk dimiliki?

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1754
SELANGOR
BSN4692
JOHOR
JYT4665
PULAU PINANG
PSA6584
PERAK
APG1363
PAHANG
CFF8495
KEDAH
KGE8326
NEGERI SEMBILAN
NEJ8149
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 22 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Palisade Tawar Empat Varian, Harga Bermula RM328, 888 - RM358,888
HSDM melancarkan secara rasminya jentera terbaharunya, Hyundai Palisade.
16-12-2021
Berita Terkini
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat