ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kia EV9 2024: Ini Spesifikasi Yang Kita Boleh Jangkakan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kia EV9 2024 dikhabarkan akan membuat kemunculan pertamanya tahun ini dengan reka bentuk yang berani serta dilengkapi pelbagai teknologi inovatif. Namun begitu, sehingga kini spesifikasi sebenar model tersebut masih lagi disembunyikan syarikat pengeluar kereta dari Korea itu.


Disember lalu, Kia telah memaparkan imej acah SUV elektrik pertama keluaran syarikatnya, EV9 kepada umum. SUV ini buat pertama kalinya dipertotonkan sebagai sebuah kereta konsep semasa Pameran Auto Los Angeles 2021.


SUV ini bakal dibina berdasarkan platform E-GMP Hyundai Motor Company, platform sama yang digunakan pada IONIQ 5 dan Kia EV6. 




Spesifikasi lengkap EV9 masih lagi belum didedahkan secara rasmi sehingga kini, namun berdasarkan laporan Electrek, seorang pengguna Kia Telluride telah berkongsi borang tinjauan pelanggan yang diterima daripada Kia. Tinjauan tersebut sedikit sebanyak mendedahkan spesifikasi yang bakal diketengahkan pada model terbaharu itu nanti. 


Borang tersebut memaparkan lima varian dengan jarak perjalanan EV daripada 220 batu - 290 batu (354.06 km - 466.71 km) dalam jangkaan harga antara AS$56,000 - AS$73,000 (RM 239,989 - RM312,843).




Harga

Jarak Gerak EV (Batu)

HPTork (Nm)Saiz Roda0-60 SaatTempat Duduk
Varian 1AS$56,000
220
200
33919″
8.5
7
Varian 2
AS$61,000
290
200
339
19″
8.9
6
Varian 3
AS$63,000
260
400
51519″
6
7
Varian 4
AS$68,000
240
400
515
20″
6
6
Varian 5
AS$73,000
240
400
651Hitam 21″5.26

Spesifikasi Kia EV9 yang dikongsikan dalam satu borang tinjauan kepada pelanggan


Dua varian terendah menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD) dengan output 200 hp, sementara versi lebih tinggi pula menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan output 400 hp. 




Versi asas berharga AS$56,000 (RM239,989) dengan jarak perjalanan 220 batu (354.06 km) itu menggunakan rim bersaiz 19 inci dan tidak dilengkapi bumbung suria. Sementara varian lebih mahal, berharga AS$61,000 (RM261,417) pula boleh mencapai jarak 290 batu (466.71 km). Varian ini lengkap dengan bumbung suria dan tempat duduk ‘kapten’ bagi barisan kedua. 




Akhir sekali, bagi versi tertinggi EV9 yang berharga AS$73,000 (RM312,843) boleh mencapai jarak gerak sejauh 240 batu. Varian ini menggunakan rim bersaiz 21 inci, lengkap dengan bumbung suria bersaiz penuh dan pelbagai lagi ciri tambahan lain. 




Orang ramai juga boleh mendapatkan ciri pemanduan semi-autonomi dengan caj tambahan AS$4,800 (RM20,570).


Apakah pendapat anda mengenai Kia EV9 sekiranya model itu dikeluarkan dengan spesfikasi sama? Kongsikan pandangan di ruangan komen di bawah. 


Sumber: Electrek


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX3397

SELANGOR

BSU8406

JOHOR

JG9260J

PULAU PINANG

PSH2250

PERAK

APM7261

PAHANG

CFJ3407

KEDAH

KGJ7135

NEGERI SEMBILAN

NEM5079

KOTA KINABALU

SJV165

KUCHING

QAB9481P

Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

21-01-2026
EV

12-01-2026
Berita Auto

08-01-2026
Global

12-12-2025
Berita Auto

11-12-2025
Global

05-12-2025
Global

04-12-2025
Berita Auto

28-11-2025

Berita Terkini

EV

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.