ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kini Kembali! Pameran Kereta Terbesar Malaysia Autoshow Bakal Diadakan Mei Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Selepas terhenti selama tiga tahun ekoran pandemik Covid-19, kini pameran kereta terbesar negara, Malaysia Autoshow bakal kembali menggegarkan dunia pencinta kereta. Pameran ini akan diadakan pada 4 hingga 7 Mei 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) . 


Acara itu nanti bakal menjadi tapak pameran teknologi terkini dunia permotoran dan automotif untuk memaksimumkan potensi kedua-dua pemain industri dan pengguna. Ia dianjurkan untuk membangunkan kesedaran pasaran mengenai produk dan perkhidmatan mobiliti masa depan sekaligus mewujudkan pasaran pengguna yang lebih berpengetahuan tentang teknologi.




Pengerusi Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Phang Ah Tong berkata, penganjuran Malaysia Autoshow 2023  menjadi bukti pertumbuhan pilihan yang ditawarkan kepada pengguna Malaysia dan juga pemangkin kepada kemajuan pembangunan kereta eletrik (EV) di negara ini. 


"Ini selari dengan usaha kerajaan, menyokong dan memudah cara pemain industri tempatan dan antarabangsa dalam pembangunan EV dalam arena automatif Malaysia," katanya.


Pameran automotif yang akan diadakan nanti adalah bertermakan 'Mobility Redefined' (mobiliti ditakrif semula) yang akan menampilkan pelbagai jenama besar kereta. Turut diadakan ialah segmen baharu seperti  seperti 'Malaysia Bike Show' dan 'Malaysia EV Show and Charged'. 


"Malaysia Bike Show akan mempamerkan pelbagai pilihan motosikal daripada 'sports bikes' kepada 'trail dirt bikes'.




"Sementara itu, Malaysia EV Show and Charged akan memfokuskan kepada pelbagai jenis kenderaan elektrik, teknologi mengecas kenderaan serta aksesori, bahagian dan aplikasi digital yang termasuk dalam ekosistem EV," kata Phang.


Bagi edisi kali ini, pengunjung Malaysia Autoshow dapat mencuba kenderaan terkini di laluan berkepanjangan 3 km, meneroka ciri-ciri teknologi kenderaan yang terkini serta menyertai aktiviti mobiliti yang diadakan di dalam dan di luar dewan. Selain itu, turut diadakan ialah syarahan industri, pemeran dan sesi perkongsian. 




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY3415

SELANGOR

BSV630

JOHOR

JH3568J

PULAU PINANG

PSH3831

PERAK

APM9147

PAHANG

CFJ3986

KEDAH

KGJ8016

NEGERI SEMBILAN

NEM5768

KOTA KINABALU

SJV1648

KUCHING

QAB103Q

Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-11-2025
Berita Auto

17-11-2025
EV

09-07-2025
Teknologi

16-06-2025
Berita Auto

09-05-2025
Berita Auto

06-05-2025
EV

21-03-2025
Berita Auto

10-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto
Berita Auto

Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028

Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.

10-11-2026
Berita Auto

CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026

CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.

10-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.