ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KPDN Beri Touch 'n Go Tempoh 1 Minggu Untuk Menyediakan Pelan Tindakan Susulan, 8 Isu Ini Akan Diselesaikan

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Baru-baru ini, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),  YB Datuk Seri Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa pasukan khas daripada kementeriannya telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk wakil daripada Touch 'n Go (TNG).


“Mesyuarat Pasukan Tugas Khas ini telah dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof. Pelbagai isu berhubung perkhidmatan yang ditawarkan khususnya terhadap pengguna-pengguna lebuhraya telah dibincangkan,” katanya dalam satu kenyataan.




Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan isu yang dihadapi orang ramai membabitkan TNG iaitu:


  • Kesukaran untuk memperoleh kad TNG dan peranti SmartTag di pasaran

  • Tempoh tamat kad TNG yang tidak disedari terutama pengguna MyKad

  • Kesukaran mendapatkan bayaran balik baki wang dalam kad TNG

  • Proses pemindahan baki ke kad TNG yang baru mengambil masa yang lama

  • Isu berkaitan penggunaan kad Visa TNG terutama bagi pembayaran tol

  • Penjualan kad TNG di platform atas talian oleh pihak ketiga pada harga yang berganda

  • Masalah laluan di lorong RFID yang tidak lancar

  • Kekurangan isi ulang baki TNG




Hasil perbincangan tersebut, kementerian telah mengarahkan TNG untuk menambah bilangan lokasi jualan kad TNG. Selain itu, TNG juga diminta untuk memaklumkan kepada pengguna dengan awal tentang tarikh luput kad. 


“(Tindakan lain adalah) menambah baik kaedah dan mempercepatkan proses serta tempoh bayaran balik dan pemindahan baki, selain arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan pasar atas talian untuk menurun iklan jualan kad TNG daripada pihak ketiga yang tiada kebenaran menjual daripada pihak syarikat TNG,” katanya.




Untuk menyelesaikan isu kekeliruan penggunaan kad visa TNG,  Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihak TNG perlu melakukan advokasi untuk memberi penjelasan kepada penggunaan bahawa kad tersebut hanya boleh digunakan untuk  tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang, dan bukannya untuk pengangkutan awam dan tol. 


TNG diberikan tempoh satu minggu untuk menyediakan pelan tindakan susulan.

Bahagian Penguatkuasaan KPDN akan mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak yang menjual kad TNG pada harga lebih daripada yang ditetapkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Bagi menangani isu membabitkan RDID, Salahuddin berkata,“Syarikat konsesi perlu segera menambah baik keupayaan teknologi imbasan RFID bagi mengelakkan kesesakan.”

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Syarikat Perancis, Alpine Car Lancarkan Kereta Konsep Kripto Pertama

Pengeluar kereta lumba yang berpangkalan di Perancis, Alpine Car, mengeluarkan kereta konsep baharu.

30-12-2021
Berita Auto

16-10-2023
Berita Auto

20-03-2023
Berita Auto

15-03-2023
Berita Auto

19-01-2023
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

Pengguna Touch N' Go E-Wallet Hilang Ribuan Ringgit Kerana Digodam!

Anda salah seorang pengguna Touch n' Go E-Wallet? Baca artikel ini.

21-02-2022

Berita Terkini

Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.