Mazda2 Versi Facelift Bakal Dilancar Tapi Di ..

Nampaknya subkompak Mazda2 generasi ketiga yang lebih dikenali sebagai Mazda Demio di negara asalnya di Jepun mungkin akan berada di pasaran lebih lama lagi.
Ini kerana Mazda telah melakukan beberapa pembaharuan ke atas Mazda2. Difahamkan, Mazda2 versi facelift bakal dilancarkan di Australia pada Jun ini.
Sebelum terlupa, Mazda 2 menerima facelift pertamanya pada tahun 2019, di mana model itu menerima reka bentuk depan dan belakang yang lebih menarik.
Namun pembaharuan kali ini turut membabitkan bahagian gril hadapannya kerana ia dipadankan dengan warna hitam.

Jika anda amati bahagian grilnya, wajah jentera ini kelihatan seolah-olah dalam kesedihan gara-gara lubang gril pengambilan udara menghadap ke bawah.

Selain itu, Mazda turut menawarkan aksen berwarna kuning atau merah, bergantung pada model diinginkan pelanggan.
Malah, reka bentuk bampar belakang juga dikatakan diolah sedikit. Mazda juga memperkenalkan dua skema cat baharu untuk tahun model 2024 iaitu Aero Grey Metallic dan Airstream Blue Metallic.


Bagaimanapun, pembeli kini mempunyai sembilan kemasan luaran untuk dipilih.
Pembeli kini mempunyai sembilan kemasan luaran. Sementara itu, model Pure SP juga didatangkan standard dengan bumbung hitam berkilat.

Mengenai bahagian kabinnya, hanya sebahagian tempat duduknya dibaluti dengan material kulit dan dipadankan dengan jahitan warna hitam berserta kemasan warna merah.

Pembaharuan lain termasuklah hujung dwi ekzos serta rim berbilang jari.

Di sebalik semua info ini, Mazda masih belum mendedahkan perincian mengenai kuasa dan harga untuk Mazda2 2024 namun model itu dijangka mengekalkan enjin petrol 1.3 liter, 1.5 liter, dan enjin diesel 1.5 liter Skyactiv 4-silinder kuasa seperti yang telah ditawarkan sejak 2014.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


